*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sepanjang cuti Deepavali ini, tak habis-habis pemimpin
UMNO menceceh pasal dua isu. Pertama mengenai ketuanan
Melayu  dan kedua mengenai perlantikan  PM dari
kalangan bukan Islam. Kononnya Tuan Guru Nik Aziz ada
dipetik sebagai berkata bahawa " PAS boleh terima PM
dari kalangan bukan Islam."

Maka digerakkannyalah berbagai jenis jentera parti,
dari yang berkuasa kuda serendah 250 cc hinggalah
kepada yang macam Boeing 737, untuk menceceh pasal dua
perkara ini. Malah di Johor misalnya, UMNO terpaksa
menggunakan khidmat Timbalan Ketua MCA Johor untuk
meraih simpati undi orang Melayu. Orang MCA itu ada
dipetik sebagai berkata bahawa  " ketuananan Melayu
akan terhakis kalau orang Melayu menolak UMNO."
Begitulah tersepitnya UMNO kini ( dan mungkin
selamanya............) Pantang ada saja bola tanggung
, habis dilibasnya.

Persoalannya, betulkah kenyataan itu ada dikeluarkan
oleh Tuan Guru? Atau hanya sekadar 
" hearsay" yang dipungut oleh tali barut UMNO di
ceramah-ceramah Parti Alternatif?

Yang menarik perhatian saya ialah wawancara di RTM
pagi semalam di mana  Prof. Ramlah Adam (ahli sejarah
UM dan mungkin ahli UMNO seumur hidup) dan Dr. Ali
Hanafiah ( bekas SETPOL PM) telah bercakap mengenai
ketuanan Melayu. Mereka dipetik sebagai berkata bahawa
pemerintahan Melayu itu wujud selepas Kerajaan
Majapahit mengusir keluar sekumpulan etnik yang
terdiri dari beberapa suku kaum di sekitar Semenanjung
Tanah Melayu dan Sumatera, lalu membentuk satu
kerajaan
yang dipanggil Kerajaan Melayu (Melayu = kumpulan yang
lari , atau diusir). Kerajaan ini akhirnya
memperbesarkan wilayah pemerintahannya
sehingga  terbentuknya beberapa buah  kerajaan Melayu
yang lain seperti Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan
Melayu Pasai, Kerajaan Melayu Johor-Riau, dsbnya. 

Cuma ada satu fakta yang saya perhatikan telah dengan
sengaja mereka lindungkan. Bukankah kerajaan-kerajaan
tersebut telah menjalankan
pemerintahan mereka mengikut undang-undang Islam? 

Wassalam

ANAK MELAYU ISLAM

p/s 

Minta mana-mana pakar sejarah dapat menyumbangkan buah
fikiran tentang ketuanan Islam di Nusantara. Jika
diizinkan Allah, Republik Islam Acheh akan terbentuk
di nusantara................

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke