*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KINI - Khamis 111199
Beri Barisan Alternatif Peluang Lima Tahun
Masa untuk rakyat membuat perubahan telah sampai. Beri gabungan Barisan
Alternatif peluang lima tahun untuk mentadbir Malaysia. Sebuah Malaysia Baru
dapat dibangunkan. Parlimen Malaysia dibubarkan mulai 11 November 1999.
Pilihanraya umum ke-10 akan diadakan, kemungkinan pada hujung bulan November
ini. Pada hari ini, Kerajaan Barisan Nasional hanya berstatus kerajaan
sementara sahaja. Dr Mahathir Mohamad juga menjadi Perdana Menteri
sementara. Parti Barisan Nasional sama tarafnya dengan parti Barisan
Alternatif.
Kemudahan Kerajaan Tidak Boleh Digunakan
Menurut peraturan undang-undang, BN tidak boleh sama sekali menggunakan
kemudahan kerajaan untuk berkempen. Perbuatan seperti itu salah dan bersifat
penyelewengan serta rasuah. BN perlu berkempen berdasarkan kekuatan parti
politiknya sendiri seperti parti lawannya, Barisan
Alternatif.Pemimpin-pemimpin BN, termasuk Dr Mahathir Mohamad dan para
menteri, tidak boleh membuat janji-janji untuk memberikan peruntukan
pembangunan itu dan ini dengan wang kerajaan kepada para pengundi. Jika
didapati pemimpin BN berbuat demikian, itu merupakan satu kesalahan rasuah
dalam Akta esalahan Pilihanraya tahun 1954.
Pembangkang Mungkin Merusuh?
Amat malang bagi Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Dr
Mahathir Mohamad. Satu alasan beliau memilih 11 November sebagai tarikh
embubaran Parlimen supaya pilihanraya umum boleh diadakan sebelum bulan
Ramadhan untuk mengelakkan pembangkang merusuh. Mahathir tidak enghormai
prinsip demokrasi. Mahathir jelas mempunyai prasangka yang buruk. Beliau
langsung tidak menghormati parti lawan. Jika mahu mengkritik arisan
Alternatif, kritiklah polisi-polisinya seperti Manifesto Bersama atau
Belanjawan 2000nya yang telah diumumkan.
Tuduhan Liar Dan Jahat
Tuduhan pembangkang mungkin merusuh, yang disebut oleh Dr Mahathir Mohamad
itu, sebenarnya sengaja bertujuan untuk meracuni fikiran rakyat.Mahathir
memfitnah Barisan Alternatif. Sudah sembilan kali parti-parti pembangkang
kalah dalam pilihanraya umum. Tidak ada rusuhan yang berlaku.Tetapi sekali
sahaja Barisan Nasional (Perikatan dulu) hilang majoriti dua pertiga dalam
Pilihanraya Umum 1969, rusuhan kaum 13 Mei berlaku. Adakah kali ini pada
tahun 1999, jika BN hilang majoriti dua pertiga atau gagal berkuasa semula,
maka rusuhan akan dicetuskan oleh pemimpin BN sendiri?
Belanjawan BN Olok-Olok
Dr Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin serta kerajaan BN telah mempermainkan
rakyat dan memalukan negara. Sia-sia sahaja wang negara, masa, tenaga
kakitangan kerajaan, terutama di Kementerian Kewangan, serta semua pihak
yang terlibat dalam menyiapkan Belanjawaan yang Daim bentangkan di parlimen
pada 29 Oktober lalu. Semuanya hanya lakonan sahaja. Mahathir sudah tahu
bila dia mahu membubarkan Parlimen. Tetapi Mahathir arahkan Daim
membentangkan satu belanjawan olok-olok. Jadi dari hari pembentangan
belanjawan 29 Oktober itu sehingga 10 November, segala perbincangan dan
perbahasan tentang belanjawan tersebut adalah lawak jenaka sahaja. Sebab
segala-galanya sekadar main-main sahaja. Olok-olok belaka. Parlimen Malaysia
di bawah Mahathir sudah semacam Parlimen Kanak-kanak satu masa lalu yang
dipimpin oleh Pak Cik Jamal Mohamad.
Belanjawan Tak Laku
Belanjawan Mahathir dan Daim itu sekarang tidak laku lagi. Ia tidak sempat
dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Satu belanjawan baru akan dibentangkan
semula selepas pilihanraya nanti. Kalau Barisan Alternatif yang menang
pilihanraya, ia akan membentangkan belanjawannya.
Pada pokoknya, sama seperti apa yang telah dibentangkan pada 27 Oktober
lalu, tetapi sudah pasti lebih terperinci dengan anggaran yang dapat
disediakan dengan maklumat yang ada pada pegawai kerajaan. Belanjawan 2000
BA mengutamakan pemulihan ekonomi, pembangunan mampan serta keadilan.
Belanjawan BN tiada cukai baru, Belanjawan BA nak kenakan cukai dosa dan
cukai barang mewah. BN dan BA mahu belanja lebih, tapi BN hendakkan projek
mega, mewah dan tak perlu untuk memberi kontrak serta peluang lain kepada
kroni mereka. BA ingin meningkatkan perbelanjaan sosial untuk pendidikan,
kesihatan, perumahan, pembangunan luar bandar, subsidi harga getah dan padi
serta kebajikan. Begitu juga, sekiranya BN kembali berkuasa, maka satu
belanjawan baru dibentangkan. Mahathir sendiri, dalam persidangan media pada
10hb November, semalam, menegaskan bahawa satu belanjawan baru akan
dibentangkan. Belanjawan itu mungkin tidak sama dengan apa yang telah
dibentangkan Daim sebelum ini. Satu "exercise" yang membazir telah Mahathir
tunjukkan. Dia dengan sewenang-wenang menganggap hak menentukan tarikh
pembubaran Parlimen dan bila pilihanraya patut diadakan sebagai hak
mutlaknya sendiri. Selagi tak dapat ilham, maka tidak ada tarikh diumumkan.
Untuk menunggu ilham itu satu negara menjadi kelam kabut.
Masalah Kepada SPR
Pilihanraya umum ke-10 ini terpaksa dibuat dalam keadaan yang serba
bermasalah kepada SPR. Hal ini diakui sendiri oleh Pengerusi SPR Datuk Omar
Hashim. Sekarang musim peperiksaan sekolah diadakan. Ramai guru terlibat
menjalankan peperiksaan sebagai penyelia dan sebagainya. Banyak sekolah
menegah terlibat dengan peperiksaan SPM dan STPM. Sedangkan sekolah adalah
tempat untuk pembuangan undi dilakukan. 70% kakitangan SPR pada hari
pembuangan undi diambil dari kalangan guru. Mahathir sebenarnya boleh pilih
tarikh yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan banyak masalah sekiranya
pilihanraya ini dipandang mulia sebagai satu kewajipan demokrasi.
Sebaliknya, Mahathir menganggap tarikh pilihanraya diadakan itu sebagai satu
"ambush" atau serang hendap terhadap parti lawan atau pembangkang. Tetapi
Mahathir silap. Beliau boleh merancang, tetapi Barisan Alternatif telah
bersedia sejak lama untuk menghadapi BN kali ini.
650,000 Orang Tak Dapat Mengundi
Hari paling sedih bagi demokrasi di Malaysia apabila Pengerusi SPR pada
malam 10 November mengumumkan bahawa bilangan pengundi dalam pilihanraya
kali ini hanya 9.7 juta orang. Buku daftar pengundi yang akan digunakan
ialah daftar yang disahkan pada Januari 1999 ini.
Maka, ini bermakna lebih 680,000 pengundi baru tidak dapat mengundi kali
ini. Mahathir sengaja memilih tarikh sekarang untuk diadakan pilihanraya
untuk mengelakkan anak-anak muda yang berpendidikan itu daripada turut
mengundi. Ada pemimpin takut pada bayang-bayangnya sendiri.
SPR dan Kerajaan Memalukan Negara
Amat memalukan apabila lebih dari setengah juta orang pengundi baru tidak
dapat mengundi dalam pilihanraya umum kali ini. Halangan yang disebutkan
oleh Setiausaha SPR ialah undang-undang dan pentadbiran. Apa besarnya
undang-undang pilihanraya itu berbanding undang-undang Perlembagaan?
Sedangkan perkara-perkara dalam Perlembagaan boleh dipinda, masakan
undang-undang biasa seperti Akta Pilihanraya itu tidak boleh dipinda?
Undang-undang pilihanraya itu tidak memerlukan suara majoriti dua pertiga
untuk diluluskan. Pernah berlaku dalam sesuatu sidang Parlimen beberapa
undang-undang diluluskan sekaligus. Banyak undang-undang yang tidak
kontroversial telah diluluskan dengan mudah, ringkas dan cepat. Kalau hendak
seribu daya.
Mahathir Dan BN Takut Reformasi
Semua parti politik bersetuju sekiranya proses pendaftaran pengundi dan
pengesahannya dipermudahkan. Hak demokratik 650,000 orang rakyat dewasa yang
layak itu patut diutamakan. Sedangkan Dharurat, negara boleh mengisytiharkan
sekiranya keadaan memaksa, mengapa undang-undang seperti pendaftaran pemilih
baru itu menjadi begitu kompleks dan rumit sekali? Sungguh memalukan! Ini
sebenarnya kerana Mahathir dan BN takut akan suara anak-anak muda yang
mahukan perubahan dan reformasi tulen di Malaysia ini. Sebaliknya, jika
Barisan Alternatif berkuasa mentadbir negara ini, satu janjinya yang mesti
dikotakan ialah memudahkan proses pendaftaran dan pengesahan pengundi baru.
Kuatkan Semangat, Bulatkan Tekad Walau apapun halangan dan cabaran yang
terpaksa dihadapi oleh parti-parti dalam Barisan Alternatif serta ahli dan
penyokongnya, sudah sampai masa yang dinanti-nanti untuk bekerja sekuat hati
bagi memastikan kemenangan Barisan Alternatif. Matlamat kita perlulah
difokuskan kepada usaha menamatkan pemerintahan Mahathir dan BN yang zalim,
tidak adil, boros, menyeleweng, rasuah, mengamalkan nepotisme dan kronisme.
Barisan Alternatif tidak harus melayang rentak dan kerenah Barisan Nasional
yang cuba mengalihkan tumpuan kita dari isu-isu utama dalam pilihanraya ini.
Matlamat Dalam Kempen Harus Jelas
Kepada rakyat dan para pengundi Malaysia seramai 9.7 juta orang itu yang
terdiri lelaki dan perempuan, tua dan muda, Melayu, Cina, India dan
lain-lain serta dari pelbagai agama, tujuan dan matlamat Barisan Alternatif
haruslah jelas. Barisan Alternatif bertujuan untuk memajukan Malaysia ini
dengan pembangunan yang seimbang. Barisan Alternatif juga akan memastikan
supaya dicapai keadilan sosial bagi rakyat berbilang kaum dan agama.
Barisan Alternatif Kerajaan Bertanggungjawab
Barisan Alternatif akan mentadbir Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab, bersih, amanah, telus dan akauntabel. Segala kezaliman
pemerintahan BN akan dihapuskan, dan Barisan Alternatif akan memberi
keutamaan kepada usaha meluaskan demokrasi di negara ini. Fokusnya ialah
meluaskan bentuk demokrasi berpenyertaan bagi rakyat jelata ke atas
dasar-dasar negara. Selama lebih 18 tahun Mahathir memerintah dan 42 tahun
BN berkuasa, banyak kelemahan dan kepincangan telah berlaku. Justeru itu,
Barisan Alternatif akan berusaha mengetengahkan satu pemerintahan yang
bermutu. Segala dasar dan program yang akan dijalankan oleh kerajaan Barisan
Alternatif akan mengambil kira realiti konkrit masyarakat Malaysia yang
bersifat majmuk.
Tamat
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>