*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BH Edisi Internet


Bandar Tenggara, 9 November - Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk 
Hishammuddin Hussein hari ini mencabar para pemimpin Pemuda PAS yang 
digelarnya "penakut dan tidak sanggup menghadapi cabaran".

"Setakat berdebat dan berbahas, itu stail lama. Mari kita bertarung stail 
baru". Hishammuddin dalam ucapannya di perhimpunan Pemuda UMNO Johor 
berkata, "Walaupun sudah berkali-kali dicabar,namun Ketua Pemuda PAS Mahfuz 
Omar masih tidak berani menyahut cabaran  saya".

"Mahfuz hanya berani mencabar saya berdebat, tetapi bila saya cabar dia, 
Mahfuz tidak berani," ujar Hishammuddin.

Apabila ditanya oleh pemberita tentang bentuk cabaran beliau, Hishammuddin 
menjawab, "Cabaran Pemuda UMNO bukan sebarang cabaran. Kami yakin Pemuda PAS 
dan KeADIlan tidak berani menyahut".

"Tidak usah katakan Mahfuz, Ketua Pemuda KeADILan Ezam Mohamad Nor pun tidak 
tentu berani bertarung dengan saya".

Hishammuddin, yang mendapat tepukan gemuruh kesemua 12 orang ahli Pemuda 
UMNO Johor yang hadir di majlis itu berkata, "Di mana-mana sahaja, saya 
berani bertarung minum bir dengan Mahfuz atau Ezam".

Hishammuddin, bekas juara minum bir Hard Rock Cafe Kuala Lumpur menyatakan, 
"Apa guna Mahfuz dan Ezam berceramah di sana sini kalau hendak menyahut 
cabaran minum bir pun tidak sanggup. Kalau
betul anak jantan, marilah!"

Menurut Hishammuddin, tidak ada di kalangan Pemuda UMNo yang tidak berupaya 
menggantikannya dalam memenuhi cabaran ini. "Semua Pemuda UMNO sama hebat 
dengan saya dalam perkara ini," ujar      Hishammuddin lagi.

Apabila ditanya samada cabaran yang sama juga ditujukan kepada Pemuda DAP, 
Hishammuddin menjawab, "Kalau Ketua Pemuda DAP Melayu saya beranilah, tapi 
kalau bukan, saya terpaksa fikir dahulu..."

Kata Hishammuddin, jika Mahfuz dan Ezam berani pertarungan minum bir itu 
akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan siaran secara langsung 
menerusi televisyen dan radio.

OLEH AZMI UJANG

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "John Stamos" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke