Memang telah diramalkan, MAHAFIRAUN akan membubarkan parlimen pada bulan Novenber. Tetapi oleh kerana tidak yakin kemampuan BN sendiri, maka tarikh pilihanraya telah dijadikan satu objek permainan BN agar menjadi tekaan dan spekulasi ramai dan mengalih pandangan rakyat terhadap isu2 dan permasaalahan negara dibawah pimpinan BN. Bermula dgn keputusan SPR untuk menagguh daftar pengundi baru ke Februari tahun depan, beserta pendedahan schedule Dr. MAHAFIRAUN yang ketat pada bulan November, ramai yg berangappan pilihanraya akan diadakan selepas hari raya Januari tahun depan. Berita yang diumumkan pada 4 petang semalam sememangnya telah dinantikan dan melegakan semua pihak hingga jarang dapat kita lihat pembaca berita TV yg hampir tersenyum sepanjang siaran berita. Hanyalah yang kita amati wajah-wajah menteri-menteri yang berdiri dibelakang MAHAFIRAUN kelihatan serius dan kurang ceria, disambut sesekali oleh tepukan sedikit berbunyi kuat. Hujan lebat dgn sabungan kilat dan guruh diikuti disebelah petang di Kuala Lumpur. Kenyataan dan press release MAHAFIRAUN yg sepatutnya straight-to-the point telah menjadi kucar dan kacau apabila cuba menjawab wartawan dan memberi alasan-alasan self-defence , mengutuk PAS, memberi keyakinan yg belum dipastikan dsbnya. Inilah sebenarnya perdana menteri yang sudah ditahap nyanyuk, lagi dia bercakap, lagi ia back-fire. Saya ingin memberi sedikit contoh yang saya ingat beserta analisis : 1) MAHAFIRAUN kata "Kita yakin dapat tawan Kelantan" dan "kita yakin dapat majoriti 2/3"... Analisis : Wah confident betul orang tua tu... sebenarnya MAHAFIRAUN boleh kata apa saja ... Telah kita saksikan banyak apa yang diperkatakan Dr.MAHAFIRAUN tidak menjadi kenyataan. Apa yang penting disini ialah MAHAFIRAUN tidak mahu pengundi dan ahli2 UMNO loose-confident disaat-saat akhir ini. Approach yang digunakan kali ini ialah reverse-psychology dan self-confidence yang cuba mengelirukan pendapat ramai dan menidakkan hakikat sebenar dan menyorokkan masalah internal /sebenar. Dengan ini keadaan akan cuba dikawal . Hakikat yang sebenar telah dapat dilihat dimana perhimpunan PAS telah berjaya menarik orang-ramai memenuhi stadium Tengku Mahmud IV diKota Bahru berbanding hanya ratusan orang ketika pehimpunan bersama rakyat dgn PM beberapa hari sebelum itu. Jauh panggang dari api. Malah negeri-negeri Terengganu, Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan N.Sembilan semuanya berada dalam keadaan cukup tergugat bagi Barisan Nasional. Masihkah boleh anda bermimpi 2/3 atau 1/3 ? 2) MAHAFIRAUN berkata lagi bahawa tarikh pilihanraya ini dipilih agar ianya tidak diadakan dibulan Ramadhan dimana pihak2 tertentu akan membuat fitnah, menganggu masjid dan sembahyang terawih. Analysis : amboi.. pandainya cari alasan. Bukankah BN yang telah menjadi hero buat fitnah, penipuan dan pembohongan. Dan dengar cerita fitnah terbaru berhubung Murad dan Norhayati betul-betul buat BN terduduk... Dari apa yang saya nampak, BN sebenarnya phobia dengan bulan Ramadhan,bulan yang mulia yang Allah telah janjikan malam Lailatulkada' yang mana doa-doa terutamanya mereka yang ternaniaya mudah dimakbulkan. Sebab yang kedua BN semamangnya sudah takut, sebab lagi lama dia beri masa pada barisan Alternatif, lebih terjalin kerjasama dan menimbulkan lebih peluang untuk mereka menyerang dan menyusun strategi. Sebab lain ialah MAHAFIRAUN tidak mahu isu 670,000 pengundi baru menjadi senjata BA. 3) MAHAFIRAUN berkata lagi "pemerhati asing boleh datang bila2 pun dan kita tak pernah halang... ini menunjukkan pilihanraya kat sini adil, bersih....." Analysis : bukankah pada awal tahun ini MAHAFIRAUN ada kata kita tak perlukan pemerhati asing untuk jadi observer. Your stand is really like an old man standing on the world - terhoyong-hayang. 4) Lepas tu dia kata lagi 'dia tak kisah pasal popularitynya. Pilihanraya ini bukan untuk munguji popularitinya.....' Analysis : ewah lagi sedap dia cakap... macam artis bagi komen sebelum gala preview.... Ini menunjukkan dia seorang recalcitrant. Dia mungkin rasa tak kisah pun dengan tahap sokongan terhadapnya. Seperti yang MAHAFIRAUN pernah katakan ketika menentang KuLi pada 1997, walaupun menang dengan satu undi pun dikira tetap menang. Oleh itu possibility MAHAFIRAUN akan turun jika kedudukan BN merosot sekalipun adalah satu mission yang imposible. Oleh itu perlulah seluruh rakyat Malaysia benar-benar pastikan BN digantikan dengan BA pada pilihanraya ini. Jika benar-benar diteliti, setiap ucapan MAHAFIRAUN dapat dikupas dan penuh dengan 'helah bela-diri' dan muslihat-muslihat yang selama ini rakyat Malaysia sering tertipu. VOTE FOR CHANGE !! VOTE FOR A BETTER OPTION !! VOTE FOR BARISAN ALTERNATIF !! DULU-DULU BN, LEPAS TU 46, SEKARANG BA Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 |
