DAP anggap tindakan menjijikkanKUALA LUMPUR -- Pemimpin pembangkang Malaysia berkata tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, membubarkan parlimen dan mengumumkan pilihan raya awal "sebagai menjijikkan dan penuh skandal""Memang benar tiada peruntukan dalam undang-undang dan perlembagaaan mengenai pembubaran parlimen," kata Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang. "Namun, ia menjijikkan dan penuh skandal bagi Parlimen dibubarkan pada waktu ini kerana Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis politik atau perlembagaan" ujarnya. Pemimpin DAP itu berkata pembubaran itu bermakna anggota parlimen hanya membazirkan masa memperdebatkan belanjawan kerajaan bagi tahun 2000, yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin di Parlimen akhir Oktober lalu. "Tindakan serupa itu mencerminkan... keangkuhan politik, sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional selepas memerintah selama 42 tahun," katanya. Encik Lim berkata Dr Mahathir, yang baru-baru ini lebih condong kepada pilihan raya tahun depan, mungkin terpengaruh dengan tiga faktor sebelum mengumumkan pilihan raya lebih awal. Faktor pertama berhubung kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berkata Parti Islam Malaysia (PAS) bersedia menerima seorang calon bukan Islam sebagai perdana menteri. Faktor kedua ia kesan dari mantan timbalan perdana menterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketiga Dr Mahathir mahu mengadakan pilihan raya sebelum tahun depan kerana terdapat lebih 650,000 pengundi baru. -- Reuters. |
