|
Kenapa MAHATHIR pilih pilihanraya sekarang ????
Alhamdulillah, pada hari ini kita dan seluruh rakyat Malaysia di kejutkan dengan pengumuman yang ditunggu-tunggu iaitu pembubaran parlimen pada 11/11/99. Tidak dinafikan bagi semua yang terlibat dalam reformasi, yang berjuang tanpa penat-lelah agak resah dan gelisah menunggu pengumuman ini, seumpama menunggu buah yang entah bilakan gugur. Nah, tarikh nya tak lama lagi. Detik kejayaan yang diimpikan ,insyaAllah akan kunjung juga. Namun harus diingat ini semua bergantung kepada keizinan yang Maha kuasa ,!!! Bukan MahaFiraun. Jadi, berdoa dan berusahalah. Namun ada baiknya juga direnung bagaimanakan Mahathir mendapat ilham ini. Sesungguhnya rakyat Malaysia yang menonton siaran TV dan radio malam ini akan didedahkan betapa Mahathir amat menjaga kesucian bulan Ramadhan, justeru mengawalkan pilihanraya ke –10 ini. Betul ke ??? Entahlah, saya hanya tersenyum kambing dengan ‘revelation’ oleh PM .Bagi saya ilham ini sudah tentu difikir masak-masak oleh PM tapi janganlah memperbodohkan rakyat. Bagi saya , PM memang terdesak teruk sekarang. Jadi mengapa pilih juga sekarang untuk adakan pilihanraya kalau rasa tak ‘confident’???? Di bawah ini saya perjelasan serba-ringkas beberapa sebab mengapa PM pilih masa sekarang…. 1) Belanjawan 2000 belum diluluskan bermakna segala janji-janji manis kepada rakyat terutama kakitangan kerajaan yang pada pilihanraya sebelum ini adalah pemberi undi terbesar kepada BN masih terawang-awang. Selepas ini mungkin pihak BN akan mengeluarkan kenyataan seolah-olah memaksa pengundi terutama kakitangan kerajaan memangkah BN untuk memastikan mendapat habuan yang telah dijanjikan. Mereka mungkin berkata seperti berikut : KALAU BN MENANG SEMUA YANG KAMI JANJIKAN KAMU AKAN DAPAT, TAPI KALAU KAMU PILIH BA , JANGAN MIMPILAH NAK DAPAT. ENTAH-ENTAH HURU-HARA. Dalam kata lain , mereka mengugut rakyat MasyaAllah, kejamnya BN. 2) PM ada berkata beliau menghormati bulan Ramadhan. Jadi kalau pilihanraya
sejurus selepas raya, kempen pada bulan Ramadhan akan mencemarkan kesucian bulan
ini. Eh!! Eh!! bila pulak PM warak dan insaf sampai macam tu sekali????
Setakat yang kita tengok setiap kali Ramadhan, rancangan TV kalau tak samapun,
makin menarik sampai ramai liat nak berterawikh. Sebenarnya, PM menyedari ramai
orang Islam akan mengadakan terawikh di surau-surau atau masjid-masjid,
dimana sejumlah besar penyokong dan pendokong BA adalah mat-mat lebai atau
mat-mat surau atau imam-imam itu sendiri ( lainlah dengan anak didik BN yang
hanya syok dengan karaoke ). Jadi bila berkumpul maka jadilah forum-forum
perdana tak resmi yang melata atau sembang-sembang politik yang tak perlu permit
yang sudah tentu akan menyebarluaskan lagi jaringan maklumat pasukan BA kepada
rakyat yang dahakan maklumat. Sedangkan pada masa itu tak ramai lagi yang duduk
di rumah mendengar berita tigasuku kerana berada dimasjid atau sedang bersiap
untuk ke masjid untuk berterawikh. Itu adalah beberapa sebab mengapa pilihanraya diadakan pada masa ini.
PM sebagai seorang yang licik permainan politiknya menyedari sekarang bukan masa
yang baik, namun untuk menunggu lebih lama bermakna peluang untuk BN mengekalkan
kuasa makin tipis. Beliau pada pandangan saya mengambil mudarat yang lebih
ringan. Beliau mungkin berharap dengan keadaan yang mungkin50-50 ini,
faktor-faktor kotor dan hina seperti undi pos dan hantu serta strategi lain yang
hanya beliau dan anak-anak buahnya sahaja yang tahu akan menyebelahi beliau.
Jadi, para reformis sekelian serta seluruh rakyat Malaysia, berusahalah lagi dan
bermohonlah pada Allah Azzawajalla, supaya kita di pihak BA juga di samping ada
faktor sokongan massa ada juga faktor hikmat iaitu faktor ‘Pertolongan Allah’.
DOKTOR ISLAH |
