|
Bersempena dengan pembubaran Parlimen, TV3 Suku pun menyiarkan beberapa temuramah dan sidang media oleh beberapa pihak. Antaranya ialah kenyataan KPN mengenai hasil siasatan polis terhadap keracunan DSAI, apa yang menarik ialah pengumuman dibuat pada hari pembubaran Parlimen, Kicap rasa motifnya jelas dan nyata bagi rakyat yang makin celik dan peka dengan taktik kotor BN, seperkara lagi cara dan nada KPN bercakap, Kicap pernah terbaca buku mengenai buku ‘changes of human behavior’ dan ‘body language’ dalam buku ini ada dinyatakan bahawa untuk mengesan ketidakpastian atau kesangsian seseorang dalam membuat kenyataan ialah berdehem, menggaru hidung atau telinga (seolah-olah gatal), mengetap bibir dan berbagai lagi reaksi yang lazimnya bukan habitual dan seterusnya yang paling ketara jika kenyataan itu dibaca ia akan berusaha menunjukkan ketenangan hingga penyampaiannya agak lambat dan tersekat-sekat. Tidak semua yang Kicap nyatakan berlaku dalam sidang media itu namun telah cukup mengambarkan ketidak telusan kenyataan media itu. Satu pembohongan nyata TV3 suku ialah ketika menyiarkan komen tokoh-tokoh BA ini jelas ketika gambar Sdr Lim Kit Siang dipaparkan, suara yang keluar ialah suara pembaca berita yang menyatakan kononnya beliau (Lim KS) yakin BN akan menang dalam pilhanraya kali ini walaupun ada rancangan pertandingan satu lawan satu. Satu persoalan kenapa tokoh BA lain diperdengarkan komen sebenar sedangkan LIM KS memerlukan penterjemahan pembaca berita TV 3suku. Apakah Lim KS menggunakan bahasa alaf baru yang tidak di fahami oleh kita di alaf ini. Kicap menyeru kepada semua reformis janganlah siasiakan perjuangan kita selama ini yang di belasah, pedih mata, gatal badan oleh tindakan polis-polis BN dan pengorbanan mereka yang ditahan dan dipukul. MARILAH KITA TERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI – MEMERDEKAKAN RAKYAT DARI KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN BN(ajis). Tunaikanlah sumpah keramat kita dengar sajalah fitnah mereka, mereka akan menggunakan sensitif kaum dengan mengatakan bahawa PM bukan Islam akan dilantik, sesungguhnya mereka ini lupa dan sasau bahawa kita punya perlembagaan yang menetukan bentuk cara pemerintahan negara ini. TAKBIR TAKBIR TAKBIR. KICAP MELAYU. |
