EZAM AKAN MENYERAH DIRI KEPADA POLIS PAGI INI

 

Gombak Khamis 11 Nov. Sdr. Ezam Md Noor, Ketua Pemuda Parti KeADILan akan menyerah diri kepada polis di Balai Polis Gombak pada pagi ini.

 

Penyerahan diri tersebut adalah kerana untuk membantu pihak polis untuk menyiasat keenam-enam kotak yang mengandungi salah laku kerajaan yang diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai rahsia negara.

 

Beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi ini jam 9 pagi di Balai Polis Gombak di Diamond Square, Jalan Gombak. Di dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangkakan akan memesan kepada penyokongnya untuk mengikuti beliau ketika dibawa ke tahanan dan juga para penyokong diminta jangan memakai pakaian bercop parti kerana bimbang keadaan ini akan diambil kesempatan oleh pihak kerajaan yang sentiasa menunggu masa untuk merosakkan suasana pilihanraya.

 

Beliau hanya akan membenarkan 2-3 orang kanan beliau untuk mengiringi beliau ke IPK Balai Polis Bukit Aman. Manakala rahsia-rahsia kejahatan salah laku kerajaan BN akan didedahkan sepenuhnya sehingga tiba tarikh pilihanraya nanti. -RN

Kirim email ke