|
Mohamad Ezam Mohd. Nor LAPORAN POLIS Saya Mohamad Ezam Mohd Nor, beralamat seperti di atas, nombor kad pengenalan 670424-10-6267, telah menerima satu salinan dokumen yang bertajuk `MILITARY COOKHOUSE PRIVATISATION AGREEMENT’’ antara Kerajaan Malaysia dan Desatera Sdn. Bhd. Pemberian kontrak tersebut yang berjumlah ratusan juta itu telah melibatkan kepentingan besar Kamaluddin bin Abdullah yang saya percayai adalah anak kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Desatera Sdn. Bhd yang merupakan syarikat usahasama Dewina Food Services Sdn Bhd dan Wira Maju Sdn. Bhd. Di mana Dewina memegang 70% saham dalam Desatera Sdn. Bhd dan Wira Maju Sdn Bhd pula memegang 30% saham dalam Desatera Sdn. Bhd. Kamaluddin Abdullah yang menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Desatera Sdn. Bhd adalah juga orang yang punya kepentingan dalam Dewina Food Services Sdn. Bhd, sebuah syarikat milik keluarga Abdullah Ahmad Badawi. Perjanjian tersebut yang dibuat untuk tempoh selama 15 tahun adalah luar biasa, janggal dan tidak pernah berlaku dan apakah kebajikan dan mutu makanan pasukan tentera yang terpaksa bertungkus lumus berkorban diketepikan semata-mata kerana amalan nepotisme dan sikap tamak pemimpin. Dengan itu saya saya meminta pihak polis membuat siasatan kerana ia melibatkan anak kepada Timbalan Perdana Menteri dan kita khuatir wujudnya unsur penyalahgunaan kuasa. Demikian, laporan saya. MOHAMAD EZAM MOHD NOR |
