AWAS! -
GERAKAN 'TURN OVER' CALON BA
Jangan terkejut! Sumber risikan
saya menyatakan terdapat beberapa bakal calon PAS dan KeADILan sedang
dipancing untuk bertanding di bawah tiket Barisan Nasional. Termasuk
juga dalam cubaan pancing ini ialah seorang dua dari DAP.
Jangan
gempar dan terkejut dengan pengumuman yang bakal dilakukan oleh samada Dr.
Mahathir atau Pak Lah atau menteri-menteri besar bersama dengan BAKAL
CALON Barisan Alternatif di sebelah mereka.
Mereka ini sedang
dipancing dengan wang ringgit dan ugutan. Di dalam senarai yang
disebut oleh sumber saya turut mencatat nama-nama yang saya sendiri tidak
percaya (pada mulanya) akan keluar dari BA. Sesetengah dari mereka
ini sedang menjawat jawatan tertentu dalam parti masing-masing.
Sebab itulah awal-awal lagi saya berpesan supaya saudara sekelian jangan
terkejut – sebab saya sendiri pun terkejut.
Sumber yang saya
perolehi telah menamakan beberapa orang dalam senarai tersebut tetapi –
biarlah kita tunggu pengumunan dibuat. Pesan saya sekali lagi janganlah
pula kita terkejut. Di zaman Rasulullah hendak keluar Madinah bagi
peperangan pun terdapat beberapa orang yang membelok dan keluar dari
pejuang Islam yang mengikuti Rasulullah s.a.w. dengan memberi pelbagai
helah.
Nama-nama munafik ini kekal tercatat di dalam sejarah
Islam. Begitulah mereka yang akan membuat pengumunan tersebut dalam
sedikit masa nanti akan kekalkan nama mereka sebagai pembelok kepada
perjuangan murni yang kita sama-sama perjuangkan dan sanjungi.
Saya
enggan menyenaraikan nama-nama mereka di atas sebab, ada sesetengah yang
telah dikenalpasti oleh UMNO untuk dipancing masih cekal mempertahankan
pendirian mereka untuk bersama PAS dan keADILan. Kita sama-sama
mendoakan agar ALLAH azzawa Jalla memberi kekuatan kepada
mereka.
Allahu Akbar.
Sekian.
Ibrahim
Baba
11 November
1999
|
|