Dewasa ini terlalu banyak perkara atau isu yang anih dan mencabar kewibawaan
rakyat terutamanya Melayu telah disiarkan secara meluas oleh media. Pada hemat
saya para reformis atau pun BA haruslah berhati-hati dengan isu tersebut. Jangan
cepat melatah kerana agenda UMNO/BN akan cepat tercapai. BA harus menangani
setiap isu dengan lebih profesional dan berhati-hati. Antara isu yang patut
diteliti ialah:-
Masalah ketuanan Melayu oleh
MCA
Pada hemat saya isu ini sengaja ditimbulkan kerana mempunyai
motif yang cukup berbahaya. Isu ini jangan kita debatkan secara berpanjangan
kerana apa yang pasti agenda mereka ialah untuk membuatkan rakyat bangsa Melayu
marah. Apabila ini berlaku maka agenda mereka supaya kejadian 13 Mei akan
berulang.
Natijahnya darurat akan diistiharkan. Ini akan menimbulkan satu
keadaan yang amat merugikan perjuangan BA. Isu ini jangan kita pandang serius..
Apa yang perlu ialah penerangan sebenar masalah ketuanan Melayu. BA harus
membuktikan bahawa masalah ini sebenarnya adalah rekaan semata-mata.
Nyatakan secara nyata dalam setiap ceramah dan nyatakan kemungkaran UMNO
berhubung dengan ketuanan Melayu. Rasanya banyak kes-kes yang boleh dinyatakan
kepada rakyat.
PM tidak semestinya orang
Melayu?
Isu yang cukup sensitif. Isu ini akan memakan diri kepada
BA. Adalah saya mencadangkan agar penerangan harus diberikan apa sebenarnya
kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz. Dan apa muslihat di sebalik itu
seandainya kenyataan itu adalah benar.
Kami rakyat mahukan perubahan..
Tapi tidak semua orang mempunyai prinsip seperti saya iaitu apa yang dikatakan
oleh UMNO adalah dusta semata-mata.
Akuan Bersumpah
Murad
Akuan Bersumpah Murad adalah satu kaedah Murad melepaskan
diri tapi menyusahkan UMNO. Akuan Bersumpah tersebut telah menyebabkan UMNO
semakin parah untuk menghadapi rakyat. Pada hemat saya Murad masih setia dengan
Anwar Ibrahim cuma beliau terpaksa melakukan atas desakan. Tetapi beliau telah
berjaya membongkar kedurjaan UMNO dengan Akuan Bersumpah itu.
Percayalah
bahawa Murad telah menggunakan taktik melepaskan diri tapi mendedahkan
konspirasi yang dilakukan oleh MAHAFIRAUN. MAHAFIRAUN dalam keadaan yang sukar
untuk mereka dan mencari bukti terhadap Akuan Bersumpah tersebut. Oleh itu para
Reformis jangan cepat melatah dan menuduhatas kerja buat Murad.
Beliau
telah melakukan yang terbaik untuk Anwar Ibrahim iaitu secara simbolik telah
menyatakan bahawa Akuan Bersumpah tersebut adalah pembohongan semata-mata oleh
UMNO.
Akuan Bersumpah Norhayati
Saya rasa tak
perlu menghina Norhayati nih. Semua orang sudah tau dan yang nyatanya UMNO
menerima kesan yang sungguh mengaibkan. Ulas isu ini dengan lebih matang dan
berwibawa.
Sebab kita memperjuangkan keadilan bukannya perjuagan mafia.
Jangan jadikan halaman ini untuk melepaskan geram tapi jadikan sebagai landasan
perjuangan yang murni!.
Selamat Berjuang
Sejak dari perut
mak bencikan UMNO 11 NOVEMBER
1999
http://members.tripod.com/mahafiraun
|