Nampaknya kali ini giliran hakim ARIFIN JOKER pula diracuni ASSenik!Hakim sakit, bicara ditangguhKUALA LUMPUR -- Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan hingga Jumaat ini kerana hakim Datuk Ariffin Jaka kerana masalah sakit belakang.Datuk Ariffin mendengar keterangan pembelaan diri Datuk Seri Anwar selama hampir 45 minit sebelum menghentikan sidang bagi membolehkan peguam Datuk Seri Anwar menetapkan dokumen yang akan diaju kepada mahkamah. Bagaimanapun, setelah 30 minit mahkamah berhenti rehat, beliau tidak bersidang kembali. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Cik Rozilah Salleh, mengumumkan persidangan Jumaat ini hanya untuk sebutan kes bagi menentukan tarikh perbicaraan. "Persidangan hari ini tamat di sini sahaja dan ditangguhkan hingga Jumaat ini pada 9 pagi untuk sebutan. Yang Arif Hakim tidak be rapa sihat dan peguam bela memerlukan masa menyusun dokumen," katanya. Sebelum itu dalam keterangannya semalam, Datuk Seri Anwar berkata beliau menerima surat 'Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri' bertarikh 5 Ogos 1997 yang dikatakan ditulis oleh Ummi Hafilda Ali bersama-sama surat akuan sumpah Azizan Abu Bakar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad awal Ogos 1997 dalam pertemuan biasa di pejabatnya. -- Bernama. |
