apa nak jadi Dengan Pendidikan Islamf ????

Kurikulum pendidikan islam berubah lagi..... apa nak jadi??? Saya dan sahabat-sahabat saya amat berdukacita kerana setelah menghadiri suatu kursus kami mendapati huraian sukatan Pendidikan islam ting. 3 telah diubahsuai dan ada bahagian yang telah ditiadakan....

Apa yang mendukacitakan kami ialah daripada perbandingan yang dibuat antara sukatan baru dan lama kami mendapati bahagian tilawah dan kefahaman ayat telah berlaku  perubahan... di mana jika sebelum ini Surah al-Maidah diajar dalm tilawah dan kefahaman ayat tetapi  pada tahun 2000 surah ini telah ditiadakan....sedangkan dalam surah inilah pelajar diajar tentang hukum arak, judi, bertenung nasib, menyembah berhala, hukum hudud dan banyak lagi hukum hakam yang perlu diketahui oleh kita sebagai umat islam .....!  Jangan hairan kalau nanti lahir generasi yang menyatakan mereka tidak tahu ada ayat al-Quran yang melarang arak dan judi dan tidak tahu hukum hudud....

Saya berasa dukacita lkerana kami guru-guru agama disekat daripada menyampai risalah dakwah ini...Siapakah yang mengarahkan bahagian kurikulum menggubal kurikulum.... Jika benar ingin melahirkan kurikulum yang menepati FPN ... bukan ini caranya.... Takutlah azab Allah... kerana azab Allah pasti datang....Ingatlah bahawa kita akan dipersoalkan di akhirat kelak....
 

Ustazah...

Kirim email ke