WEBMASTERS DISERU TUMPU SEPENUH MASA

Kepada Rakan-rakan Seperjuangan,

Hari ini perang pilihan raya "terkotor" sedang berlangsung. Mereka ada media, kita tak der. Harapkan Internet sahaja. Saya ingin menyokong usaha tuan2 semua. Harapnya Sdr2 (dan kita semua) diberikan kesihatan dan kelapangan masa untuk berjuang mulai sekarang.

Oleh kerana banyak fitnah, propaganda & perang maklumat, saya berharap tuan2 menumpukan masa (100 peratus) menerima maklumat melalui e-mel, telefon, faks dan menolong meng-update-kan maklumat sekerap mungkin. Sebaik-baiknya, awal pagi (untuk tatapan sesi pagi), tengahari (untuk tatapan sesi petang), malam (untuk tatapan selepas sesi selepas berita jam 8). Ini tiga masa yang kritikal.

Satu masa lagi ialah sesi tengah malam (untuk menyampaikan isi-isi maklumat yang disampaikan oleh Barisan Alternatif selepas 12 tengah malam). Ingat masih ramai petugas-petugas pilihan raya bertugas dari tengah malam hingga ke pagi. Mereka ini memerlukan maklumat & mereka juga boleh menyebarkan maklumat pada waktu orang ramai sedang tidur.

Jika website lambat nak update, discussion group munglin praktikal. Sekian untuk makluman & cadangan.

Teruskan Berjuang & Teruskan Reformasi.

Fathi Aris

 

Kirim email ke