PERINGATAN SEBELUM PILIHANRAYA

Assalamu'alaikum, 

Kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian, maka dengan ini sahlah parlimen akan dibubarkan pada 11/11/99. Saat-saat yang dinantikan telah kunjung tiba. Memang kita telah persetujui bahawa jika kita ingin menukar tampuk pemerintahan, ianya hendaklah dilakukan menuruti perlembagaan Malaysia iaitu melalui proses pilihanraya, ternyatalah cemuhan pihak pemerintah yang kita ingin menjatuhkan mereka melaui demonstrasi atau rusuhan itu adalah palsu belaka. Demonstrasi-demonstrasi itu hanyalah manifestasi ketidak sanggupan rakyat untuk terus bersekongkol dengan pemerintah yang zalim dan ianya tidak bertentang dengan Perlembagaan Malaysia. 

Rakan-rakan sekalian, masanya sudah tiba untuk kita memasuki gelanggang pertarungan yang dijangka sengit. InsyAllah kita akan mampu menggugat kekebalan jentera pilihanraya BN yang kita akui amat kukuh dan sistematik dan dibantu sepenuhnya oleh berbagai-bagai instrumen kerajaan yang lain. Oleh itu untuk kita menang, sedikit pengorbanan haruslah datang dari pendokong-pendokong reformasi sekalian. Apa yang kita boleh lakukan :- 

  • Terus sebarkan bahan-bahan atau artikel-artikel dari laman-laman reformasi kepada keluarga serta sahabat-sahabat terdekat yang masih di atas pagar, tetapi kali ini dengan lebih aggresif melalui pelbagai medium e.g. e-mail, telephone, secara verbal, salinan photostat dll. Sebarkan maklumat-maklumat terkini dengan meluasnya.

  • Sila hubungi cawangan-cawangan parti alternatif berhampiran dengan kawasan anda untuk menawarkan perkhidmatan secara sukarela untuk jentera pilihanraya kawasan masing-masing. Ingat, ianya secara sukarela dan jangan mengharapkan apa-apa ganjaran dari segi material dari parti alternatif. Seperti yang kita ketahui parti-parti alternatif ini tidaklah semewah BN, malah mereka tidak sahaja memerlukan bantuan secara fisikal malah bantuan dari segi material seperti contohnya kewangan juga amat dialu-alukan. Derma lah sekadar yang termampu.

  • Perbanyakkan amal ibadah serta doa-doa untuk kejayaan barisan Alternatif. Mulai dari hari ini marilah kita lakukan Solat Sunat Hajjat setiap malam sehingga malam sebelum hari mengundi dengan hajjatnya supaya Allah SWT tumpaskan golongan pemerintah yang zalim dan gantikannya dengan pemimpin-pemimpin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT serta mereka yang bersekutu dengannya.

  • Bila hari mengundi pastikan anda serta seluruh keluarga anda turun menunaikan tanggungjawab anda. Dan jangan lupa pangkah Barisan Alternatif (PAS, keADILan, DAP atau PRM). Pada hari mengundi sila bantu polling station di kawasan anda untuk meraih undi dari pengundi-pengundi. Adalah amat diharapkan jika mereka yang berkenderaan untuk membantu jentera barisan alternatif untuk membawa pengundi ke tempat mengundi. Ingat jentera BN amat kukuh tetapi ianya bisa digempur dengan bantuan rakyat secara sukarela.

  • Dalam musim pilihanraya ini maka bermacam-macam hadiah akan diberikan kepada pengundi-pengundi. Mereka bagi kita ambil, jangan tolak rezeki, tetapi bila masa memangkah kita undi Barisan Alternatif.

  • Anda semua juga harus berhati-hati dengan media kroni yang bakal menggila dalam tempoh musim pilihanraya ini. Kita menjangkakan pelbagai akuan berkanun akan keluar, bermacam-macam perkhabaran fitnah atau berita untuk melaga-lagakan parti-parti alternatif akan disebarkan dan ada kemungkinan juga pita video atau gambar-gambar lucah palsu berkaitan kes DSAI akan disebarkan. Oleh itu sila dapatkan penjelasan dari pimpinan barisan Alternatif melalui internet atau hubungi pejabat-pejabat Parti Alternatif jika timbul sebarang keraguan atau kemusykilan.

  • Sila elakkan diri dari sebarang kekecohan atau keributan. Kita menjangkakan mereka akan melakukan kekecohan sepanjang kempen ini. Sila kawal perasaan masing-masing dan bersabar. Ada kemungkinan juga mereka akan menyamar sebagai penyokong barisan alternatif ketika melakukan kekacauan. Saranan saya sesiapa juga yang bikin kecoh kita laporkan sahaja kepada polis atau tangkap sahaja mereka dan serahkan kepada pihak berkuasa. INGAT kita di Barisan Alternatif tiada niat langsung untuk melakukan kekecohan.

Jadi rakan-rakan sekalian masa sudah semakin suntuk. Perkhabarannya 27 atau 28 hb November ini tarikh mengundi. Kita harus bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Kita harus bersatu dalam menentang kemungkaran dan kebathilan dalam pimpinan BN. INGAT kita sedang berhadapan dengan BN yang jenteranya amat kukuh. Mari kita bersama-sama hancurkan Barisan Najis dan konco-konconya. Sebelum saya mengakhiri bicara saya ini, ingin saya menyampaikan dua potong ayat dari Al-Quraan Al-Karim sebagai peringatan. 

Surah Al-Maidah : 44 

"Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada Ku, dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang KAFIR." 

Surah Hud : 113 

"Dan janganlah kamu condong kepada orang-orang yang ZALIM yang menyebabkan kamu disentuh api neraka dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." 
 
Sekian Wassalam 
 
Ikhlas dari 
AKOB THE GREAT 

 

Kirim email ke