*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dosa dosa besar.
Di antara dosa dosa besar itu ialah Pemimpin Penipu.
Pemimpin yang menipu rakyat adalah berdosa besar,apatah
lagi yang berlaku kejam terhadap rakyatnya.Bukankah pemimpin
itu bertanggungjawab terhadap rakyatnya, dan mesti mengambil
tahu dari hal hidup mereka sehari-hari,termasuk penderitaan
yng mereka tanggung dan kesusahan yang mereka pikul.Maka
adalah menjadi tugas pemimpin untuk berusaha mengubah
nasib mereka.

Firman Allah didalam surah Asy-Syura:42 :-
Sesungguhnya dosanya itu atas orang-orang(pemimpin-pemimpin)
yangb erbuat zalim(kejam) kepada maknusia dan melampaui
batas diatas muka bumiini tanpa hak.Mereka itu akan mendapat
siksaan pedih.

Di dalam Surah Ibrahim: 42-43 :-
Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai dari
apa yang diperbuat oleh mereka yang kejam.Hanyasanya
Allah menangguhkan mereka sampai pada hari dimana mata
maknusia akan terbelalak.Mereka akan datang dengan
bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan menundukkan
kepala mereka,sedangkan mata mereka tidak berkedip sedikit
pun dan hati mereka kosong.

Seterusnya didalam Surah Al-Maidah : 79 :-
Mereka (satu dengan yang lain) tidak pernah melarang dari
perbuatan jahat yang mereka kerjakan.Sungguh amat buruklah
apa yang mereka perbuat itu.

Sabda Nabi s.a.w didalam Riwayat Ahmad dan Termidzi :-
Akan muncul nanti beberapa orang pemimpin yang fasik
dan zalim,maka barangsiapa yang mempercayai mereka atas
kedustaan mereka dan membantu mereka atas kezaliman mereka,
nescayalah dia bukan dari golonganku,dan aku pula bukanlah
dari golongannya dan dia tidak akan boleh mendatangi telaga
minuman(Nabi diakhirat nanti).

Didalam Riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:-
Tiga golongan maknusia yang tiada akan Allah berbicara
kepadanya dihari kiamat:-
1.Lelaki yang sudah beristeri lalu dia berzina.
2. Raja(pemimpin) yang suka berdusta membohongi rakyatnya.
3. Orang miskin yang berlagak sombong.

Pernah Nabi s.a.w. berkata kepada sahabatnya ,Kaab bin Ujrah:-
Moga-moga Allah melindungi mu daripada jabatan orang-orang
yang jahat dan bodoh, iaitu pemimpin-pemimpin yang datang
sesudah ku.Mereka ini tidak mengikut petunjukku dan tidak berjalan atas 
landasan perjalananku.
dari Riwayat Ahmad.

Abu Dzar r.a. berkata kepada Saiyidina Umar Al-Khatab r.a. :-
Aku pernah mendengar dari Rasulullah s.a.w. katanya: Akan
dibawa sesaorang penguasa(pemimpin) nanti dihari kiamat
serta ditolaknya diatas jambatan
jahannam,sehingga bergoncanglah jambatan itu dengan suatu goncangan yang 
kuat, yang bakal menyebabkan setiap tulang-belulang
orang yang berada diatasnya tercabut dari simpulannya.
Namun jika dia saorang yang taat kepada perintah Allah
dalam segala amalannya maka dapatlah dia melaluinya dengan
selamat.Tetapi jika dia seorang derhaka kepada Allah dalam
segala amalannya maka jambatan itu akan terputus lalu
terhumbanlah dia kedalam neraka jahanam itu sekadar panjang
masanya lima puluh tahun.

Akhir sekali , ingatlah (khasnya buat aku) akan seksaan
pedih dan azab sengsara untuk orang-orang yang zalim dan
kejam .Tetapi sebaliknya ,bahagia kepada orang-orang yang
taat akan perintah Allah.

Hai orang yang suka digelari 'kejam' atau 'zalim'.
Berapa kalikah engkau telah melakukan kezaliman?
Ingatlah,bahawa balasannya tidak ada yang lain iaitu
neraka jahanam dan kebenaran itu ditangan Hakim Maha Hakim.
Engkau tidak punya alasan lagi, jika kau hendak menghujjah.
Ingatlah perut kubur itu sunggh mengecutkan hati. Mengapa
engkau tidak ingat bahawa engkau akan dipenjarakan di situ
nanti?Ingatlah bahawa perkiraan(hisab) dihari
perhitungan nanti akan berpanjangan, maka buatkanlah
perhitungan keatas diri mu dari sekarang.
segala yang engkau kumpulkan ,banyak yang kotor,padahal
engkau senang dengan cita-cita mu itu.Dan engkau masih
melangkah satu demi satu.
Ingatlah bahwa penganyiaan yang engkau lakukan itu tidak
akan ditinggalkan dari dikira meskipun sekadar ruas jari.
Oleh kerana itu, jika engkau lihat seorang zalim, maka
hendaklah engkau memberhentikannya,moga-moga dia akan
tersedarlah dari perlakuan nya yang
buruk itu.

Sekian ,Wallahu a'lam bis sawab.
insankamiil

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "insankamiil s.m." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke