Di petik dari laman web: http://go.to/pasbesut

PAS akan amal hukum hudud secara bertahap

BANDAR PERMAISURI (Terengganu) -- Parti Islam (PAS) tetap mahu melaksanakan
hukum hudud di Malaysia secara berperingkat-peringkat jika pakatan
pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-10 ini.

Timbalan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang, yang menyatakan demikian juga
mendakwa parti itu masih tidak dapat melaksanakan hukum hudud walaupun ia
membentuk kerajaan di Kelantan kerana cadangan mengenai hukum berkenaan
ditentang oleh kerajaan persekutuan.

"Jika kami berjaya memerintah negara ini, kami akan melaksanakan hukum hudud
di Kelantan dan diikuti oleh negeri-negeri lain yang majoriti penduduknya
beragama Islam.

"Selepas itu barulah kami melaksanakan hukum hudud peringkat persekutuan,"
katanya selepas berceramah di Kampung Merang malam kelmarin.

Dalam ceramahnya, Haji Abdul Hadi, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu,
berkata PAS tidak akan tergesa-gesa dalam melaksanakan hukum hudud tetapi
akan melakukannya mengikut keperluan di sesebuah negeri.

PAS juga akan menangguh pelaksanaan hukum hudud ke atas masyarakat bukan
Islam sehingga mereka faham mengenainya, katanya. -- Bernama

Dipetik Dari Berita Harian Singapura.


Title: PAS akan amal hukum hudud secara bertahap

PAS akan amal hukum hudud secara bertahap

BANDAR PERMAISURI (Terengganu) -- Parti Islam (PAS) tetap mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia secara berperingkat-peringkat jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-10 ini.

Timbalan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang, yang menyatakan demikian juga mendakwa parti itu masih tidak dapat melaksanakan hukum hudud walaupun ia membentuk kerajaan di Kelantan kerana cadangan mengenai hukum berkenaan ditentang oleh kerajaan persekutuan.

"Jika kami berjaya memerintah negara ini, kami akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan diikuti oleh negeri-negeri lain yang majoriti penduduknya beragama Islam.

"Selepas itu barulah kami melaksanakan hukum hudud peringkat persekutuan," katanya selepas berceramah di Kampung Merang malam kelmarin.

Dalam ceramahnya, Haji Abdul Hadi, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata PAS tidak akan tergesa-gesa dalam melaksanakan hukum hudud tetapi akan melakukannya mengikut keperluan di sesebuah negeri.

PAS juga akan menangguh pelaksanaan hukum hudud ke atas masyarakat bukan Islam sehingga mereka faham mengenainya, katanya. -- Bernama

Dipetik Dari Berita Harian Singapura

Kirim email ke