Apahal Sibuk Sangat Dengan PM Bukan Melayu ?

Betulkah UMNO hendak bermain dengan PAS pasal perlantikan PM bukan Melayu? Lihat diri sendirilah dulu sebelum hendak mengenakan orang lain.

Bukankah di Pulau Pinang, ADUN UMNO yang lebih majoriti dari ADUN Gerakan dan MCA dicampur semua selepas pilihanraya 1990? Kenapa kerusi Ketua Menteri masih diberikan kepada bangsa Cina?

Maka tak salahlah KALAU calon Cina dari Barisan Alternatif yang lebih ramai menang dari calon Melayu yang menang PM dipilih dari kalangan Cina?

Untuk elakkan situasi PM dilantik dari bukan Melayu hendaklah semua orang memastikan agar semua calon UMNO tumbang. Maka sudah PASti seorang yang berbangsa Melayu akan dilantik untuk kerusi PM. Kerana menurut rekod UMNO, mereka sanggup berikan kerusi pemimpin kepada bangsa lain walaupun mereka mempunyai lebih banyak kerusi. Bukan begitu?

Dan kalau dapat seorang bangsa Cina yang lebih memahami kehendak Islam dan dapat melaksanakan pemerintahan yang lebih adil – saya akan sokong.

Tidakkah mungkin nanti calon Cina yang dimaksudkan itu seorang Muslim. Tentunya keimanan seseorang pemimpin lebih diutamakan dari asal usul keturunannya.

Tambah pula kita pun selama ini tidak pernah mempunyai PM yang tulen Melayunya. Tunku dengan darah Siamnya, Hussien dengan darah Turkinya dan Mahathir hanya separuh sahaja Melayunya.

Sekian

Ibrahim Baba
13 NOVEMBER 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun

Kirim email ke