| Ustaz Samsuri Ahmad Diberi Notis 24 Jam Pertukaran ke
Sabah |
Desas desus mengenai pertukaran Ustaz Shamsuri Ahmad ke Sabah telah tersebar
di utara Semenanjung.
Menurut maklumat yang diterima bahawa Ustaz
Shamsuri Ahmad seorang penceramah terkemuka di Utara Semenenjung telah diberi
notis pertukaran 24 jam.Menurut sumber juga bahawa pertukaran itu adalah di
dalangi oleh Sharif Omar
Pertukaran itu adalah berpunca daripada
kenyataan Ustaz Shamsuri ketika memberi kuliah di masjid Badawi Kepala Batas.
Dalam kuliah berkenaan Ustaz Shamsuri dikatakan telah mengeluarkan kenyataan
bahawa apabila bubar sahaja parlimen kuliahnya akan diberhentikan buat sementara
waktu dan akan di sambung semula dalam bulan Februari tahun
depan.
Sekiranya berita pertukaran ini benar maka jelaslah bahawa ini
satu lagi kezaliman bersiri yang dilakukan oleh kerajaan BN yang didalangi
Sharif Omar.
Agak menghairankan jugak kerana Ustaz Shamsuri
dikatakan mempunyai hubungan peribadi yang agak baik dengan Sharif Omar. Beliau
juga bukanlah dikenali sebagai seorang penceramah yang cenderung kepada PAS.
Tumpuan utama dalam ceramahnya sekarang hanyalah penerangan kitab hadis yang
bertajuk Bahrul Mazi karangan Syeikh Idris Marbawi. Ustaz Shamsuri juga pernah
dijemput menyampaikan ceramah beberapa kali oleh Sanusi Junid MB
Kedah.
Tindakan ini juga menggambarkan kekalutan dan gelabah parti
UMNO ketika berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat. Tiba masanya
pemerintahan BN ditamatkan.Oleh itu mereka perlu dikalahkan dalam piihanraya
yang akan datang.
Reformis Penang 13 NOVEMBER 1999
http://members.tripod.com/mahafiraun
|