*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN
>
>Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam
> menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara
>serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.
>
> Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada
>seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana
>berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia
>telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang
>bermaksud,
>"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah."
>
> Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya
>(tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan
>yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah
>menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam
> surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud, "Janganlah saksi-saksi itu
>enggan
>(memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."
>
>"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa
>menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa
>hatinya." (al-Baqarah: 283)
>
>Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul "Fiqh Daulah".
>
> Semoga kita diselamatkan daripada dosa mengingkari perintah Allah SWT.
>Wallahu 'alam.
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]