*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Pernah tak terpikiaq,apakah maksud sebenar lagu
warisan sampai BTN pun tak nyanyi dah lagu ni dan
sampai sahabat kita none none sangat menyeru agar kita
hayati lagu ni.
> WARISAN
inilah dia Peninggalan bencana dan hutang piutang,
ingatan untuk semua rakyat untuk diwarisi tujuh
keturunan.
> Anak kecil main api
depa depa yang berangan nak jadi pemimpin
memperjudikan masa depan negara dan rakyat
> terbakar hatinya yang sepi
oleh kerana perjudian tak menjadi dan rakyat pun marah
maka dia pun kecik hati dan makan hati...cian
> Airmata darah bercampur keringat
pura pura menangis sebab mana boleh darah keluar dari
kelopak mata sebab duit billion dah hilang, hitung
negara tak sangga banyak dan negara porak poranda
> Bumi dipijak milik orang
akhirnya jamban dan seluar dalam sendiri pun tergadai
sawah padi,kebun laman dan sedekah pada mahluk asing
> Nenek moyang kaya raya
negara ini memang kaya raya, sejak dari kesultanan
Islam Melaka lagi, sampailah...
> Tergadai seluruh harta benda
datangnya penjajah dan depa depa yang berfikir macam
penjajah,lebih orang putih dari orang putih tu sendiri
Orang putih bawa balik rempah ke London, ejen depa
pulak asyik sedekah bendang dan hasil mahsul
> Akibat sengketa sesamalah kita
apa kerja penjajah..yep suruh orang bergaduh supaya
senang nak perintah. Maka ejen penjajah pun sama jugak
nak jadik gedebe, suruh orang bergaduh sokmo
> Cita lenyap di arus zaman
hasrat nak tengok bumi maju dan makmur tapi dah
terbalik, rupa rupanya nampak saja maju, tapi penuh
hutang, khazanah dah kosong dan masa depan gelap
gulita
> Indahnya bumi kita ini
nak tekan kan sekali lagi betapa megahnya Kesultanan
zaman silam yang di porak porandakan
> Warisan berkurun lamanya
dah beratus tahun tanah ni makmur tapi dah rosak dalam
masa 42 tahun
> HAsil mengalir ke tangan yang lain
ni kena soal siasat depa yang arif mana pi harta
kekayaan milik negara dan rakyat
> Pribumi merintih sendiri
Bukan takat peribumi menangis sebab salah mengundi,
tapi kaum pendatang pun rugi sama,semua olang lugi
la..
> MAsa depan sungguh kelam
Gelap gulita sebab tak dak apa yang tinggal kecuali
cawat dan kain pelikat, hutang berbilion, tanah tak
dak, hasil bumi hilang entah pi mana
> Kan lenyap peristiwa semalam
Nak cuba cuba sembunyi kepincangan dan sopak, tipu
sana dan sini, tipu dan fitnah siang malam
> tertutuplah hati terkunci mati
hati depa yang tertutup sebab tension tak mau pikiaq,
Allah pulak dah pekakkan telinga dan butakan mata depa
ni semau..
tapi rakyat masih ingat dan tahu sapa buat kerja
laknat ni semua
> Maruah peribadi dah hilang
tak tau mana nak sembunyikan muka, orang kampung semua
dah tahu segala kejahatan, senarai kejahatan tak
terkira banyak tunggu nak dakwa di mahkamah di dunia
dan di akhirat
> Kini kita cuma tingal kuasa
kuasa ni tak lama , sebab akan datang puak yang lain
untuk mengembalikan arah halatuju negara ke jalan yang
betoi
> Yang akan menentukan bangsa
puak ini akan menerajui negara ke alaf baru,
memperbetoikan yang salah, menyekat segala kepincangan
dan mengembalikan kegemilangan silam
> Bersatulah hati bersama berbakti
Negara ini memerlukan semua tenaga rakyat untuk menuju
kejalan yang lurus dan memperbetoikan segala yang
salah
dan pincang dengan kesatuan di kotak kotak undi
> Pulih kembali harga diri
Supaya kita jadi bangga semula jadi rakyat Malaysia
agar dunia tak gelak pada kita, sebab ada badut badut
yang gelap mata
> Kita sudah tiada masa
memang benar, masa memilih tak lama, salah pilih maka
ranaplah negara
> Majulah dengan gagah perkasa
Maju maju, pilih pilih dan jangan takut dan segan ke
kotak undi, persetankan iblis dan propaganda palsu
> Janganlah terlalai teruskan usaha
Usaha murni memerlukan iltizam, ketahanan jiwa dan
mental, jangan tidoq dan buat ayaq lioq basi dan
jangan kena tipu dan jangan jadi lemu
> MELAYUkan gagah di Nusantara ......................
Melayu saja tak cukup, Melayu, Cina, India, Kadazan,
Iban dan seluruh bangsa Malaysia, bertunjangkan Islam,
ugama universal sepanjang zaman, pasti bergerak
kehadapan...ke arah Malaysia yang lebih megah dan
stabil yang benar benar gilang gemilang.
-----------
Syabas dan tahniah di ucapkan pada Sahabat kita Akhi
None None yang mengingatkan kita akan maksud sebenar
lagu warisan ni..
Wassalam
Adam
=====
**nak keluar,sila hantar emel pada [EMAIL PROTECTED]**
*********************************************************
>>>>>>> SUDAHKAH ANDA MENYEMAK DAFTAR UNDI ANDA <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>