*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ustaz.......
saya adalah salah seorang penuntut di UNITEN. Saya
tinggal di pangsapuri pelajar. Dua daripada housemate
saya non-muslim. baru-baru ini ketika saya
berbual-bual dengan mereka saya telah diajukan soalan
tentang Islam. Saya telah mengambil peluang ini untuk
menerangkan kepada mereka mengenai kelebihan agama
islam berbanding agama lain. daripada pengamatan saya
mereka telah banyak mengetahui mengenai agama islam.
walau bagaimanapun masih ada beberapa persoalan yang
tidak jelas pada fikiran mereka seperti mengenai
kperluan sembahyang, puasa dan sebagainya. tetapi apa
yang menjadi masalah saya ialah saya idak dapat
menjawab satu persoalan yang mereka berikan. terus
terang saya katakan saya tergamam dan panic untuk
menjawab soalan itu. soalan itu ialah:
ISLAM MENGANGGAP PENGANUT BUDDHA DAN LAIN-LAIN
MENYEMBAH BERHALA. DALAM ISLAM INI DIANGGAP
MENYEKUTUKAN TUHAN YANG ESA. TETAPI BAGAIMANA PULA
DENGAN ISLAM. BUKANKAH SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH
DUNIA SEMBAHYANG DENGAN MENGARAH KEPADA KAABAH.
BUKANKAH KAABAH ITU SATU OBJEK CIPTAAN MANUSIA(NABI
IBRAHIM DAN NABI ISMAIL). BUKANKAH ITU JUGA DIANGGAP
SEBAGAI MENYEKUTUKAN TUHAN DENGAN SATU OBJEK LAIN...
saya harap ustaz dapat memberikan penjelasan yang jitu
terhadap persoalan ini. saya hanya menjawab kepada
mereka bahawa kaabah itu hanya satu simbol perpaduan
seluruh umat islam. kata saya lagi sekiranya kaabah
itu runtuh atau musnah umat islam tetap berkiblatan
arah yang sama. maafkan saya jika jawabpan saya silap
kerana saya akui ilmu saya masih cetek.
HAMBA ALLAH
=====
REFORMASI
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: REFORMASI REFORMASI <[EMAIL PROTECTED]>