*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BN dan UMNO meneruskan siri-siri KEZALIMANNYA.
Setelah BN yang diketuai oleh UMNO yang berketuakan Mahazalim , menzalimi
DSAI serta anak isterinya dengan mengaibkan maruahnya serta keluarganya,
menjauhkan DSAI dengan isteri dan anak-anaknya, memisahkan DSAI dengan
peyokong dan rakan taulannya ; lalu Mahazalim terus menerus menjalankan
siri-siri
keZALIMannya bagi membukti dan mengesahkan bahawa Mahadir benar-benar ZALIM
dan melayakkan ia di panggil MAHAZALIM .
Tindakan terbaru yang saya dimaklumkan sebentar tadi
Setiausaha Pemuda PAS Kawasan langkawi ditukarkan ke Pulau Pinang. Sebelum
ini beliau mengajar disebuah sekolah rendah di Langkawi. Beliau anak
Langkawi
sudah berumah tangga . Tidak mempunyai masalah dengan pentadbiran sekolah .
Mengajar mengikut sukatan pelajar dan menjalankan kerja yang diarahkan oleh
pihak
sekolah. Tidak melibatkan masalah politik dengan sekolah. Malah para
pelajarnya amat senang dengan beliau.
Bekas setiausaha Dewan Pemuda PAS kawasan Merbok, menerima memo ditukarkan
ke Pulau Pinang. Seorang guru yang gigih dilahirkan di kawasan Merbok dan
tinggal di batu 3 Jalan Jeniang merupakan guru biasa namun pernah diberi
kepercayaan untuk menyampai khutbah jumaat di masjid tempat tinggal beliau.
Masyarakat
begitu menyenangi beliau. Disekolah beliau gigih mendidik anak bangsa
walaupun diluar waktu persekolahan. Saya sendiri pernah dijemput oleh beliau
untuk memberi
ceramah motivasi pelajar sekolah beliau dalam Kem kepimpinan Pengawas pada
tahun lalu.
Cuma saudara fikirkan
Kenapa mereka ditukarkan ? Alasan kerana khidmat mereka diperlukan di Pulau
Pinang ? Apakah di PP itu dah tak cukup cikgu ? Sedangkan banyak sekolah
yang dah
terlebih guru !. Adakah guru ini melanggar etika perguruan ? Rekod yang ada
; mereka guru yang gigih . Jelasnya meraka ditukarkan atas sebab politik
bodoh JKK yang
memberi maklumat kepada UMNO bahagian. JKK hanya memikirkan masa depan
politik pemimpin UMNO bukan masa depan pembelajaran anak-anak mereka. Biar
mampus anak mereka asalkan pemimpin mereka selamat . Pemikiran yang terlalu
singkat yang ada dibenak otak JKK. Guru mendidik agar pelajar dapat
membezakan
yang benar dan salah, adil dan zalim . Seorang guru yang mendidik untuk itu
pastinya akan gigih memperjuangkan kebenaran dan meruntuhkan kezaliman.
Bayangkan proses pembelajaran anak-anak yang ditinggalkan ? Sudah tentu
tergendala dan terganggu sementara guru baru mengambil alih kelas. Murid
terpaksa
menyesuaikan diri dengan guru baru. Ini sudah tentu memakan masa. Guru baru
pula nak menilai kemampuan muridnya � makan masa juga , Apatah lagi
peperiksaan
akan menjelang tiba. Oii JKK apa hampa tak fikiaq ka ha� otak tak tang mana
�. Pungkoq kot ?. Yang Orang dikementerian tu tak boleh pikiaq ka? Otak
hampa pun
nak samakan dengan JKK yang menulis pun tak boleh tu ?
Satu kerja pula pihak pentadbiran nak buat pelbagai perkara yang berkaitan
dengan pertukaran tersebut. Masalah gaji , masalah penyerahan tugas dan
pelbagai lagi..
Pening juga pengetua., keraninya
Bagi keluarganya pastinya terpaksa dipisahkan kerana anak-anak bersekolah.
Apakah ini tidak zalim ?
Untuk Guru-guru yang ditukarkan
Yakinlah anda ditukarkan kesekolah yang ada orang . Anda akan mengajar orang
juga. Bukan beruk-beruk di B.garden Ruang-ruang yang terbuka luas untuk anda
terus
berdakwah. Yakinlah Allah bersama anda kerana selama ini pun anda bekerja
untuk Allah. Kesusahan anda ada ganjarannya disisi Allah.
Jelaskan kepada anak dan isteri bahawa inilah perjuangan . DSAI dipenjara -
sukar berjumpa anak isteri. Anda baru ke PP ; 1 jam pun boleh sampai balik.
Didik anak
isteri anda, inilah kezaliman BN UMNo Mahazalim. Tanamkan dijiwa mereka
untuk menjatuhkan BN. Walau umurnya baru 4 tahun minta dilakukan sesuatu
agar dia
juga ada saham untuk meruntuhkan kezaliman.
Untuk Guru-guru
Apakah mata anda masih buta ? lalu membiarkan teman seperjuangan anda
dizalimi. Mungkin hari ini dia, esok mungkin saudara anda atau anda sendiri.
Ayuh pastikan
Bn ditumbangkan, pastikan tidak ada seorang guru pun disekolah anda yang
menyokong UMNO. Bertindak lah sesuatu - jangan tangguh lagi . Buktikan anda
tidak redha
dengan kezaliman !. Anda benci BN dan mereka yang bersamanya!
Jangan Patah semangat ! Jangan jadikan kes ini menyebabkan anda akan terus
bersama BN atau membiarkan BN berkuasa lagi. Jadikan kes ini penyuntik
semangat
baru untuk memastikan BN Tumbang ! runtuh ! seruntuh-runtuhnya ! Anda
pendidik , buktikan anda mampu mendidik diri anda dan mampu mendidik
masyarakat kenal
kezaliman dan mampu menyerang kezaliman malah memastikan kezaliman dan
pendokongnya dihumban jauh-jauh dari bumi ini.
Untuk Ibubapa/waris murid
Apakah anda redha dengan tindakan bodoh ini ? masa depan anak anda tergadai
belum lagi ketika dipintu IPT yang memakan belanja yang tinggi , peringkat
rendahpun
sudah dizalimi. Tidak kasihkan anda terhadap anak-anak anda, masa depan
anak-anak anda. Guru mendidik agar anak anda kenal yang benar dan yang salah
supaya
anak anda menjadi orang berguna. Menyenangkan anda ketika didunia dan
dikubur nanti. Buktikan anda tidak redha ! hari ini mungkin guru sekolah
lain. Esok mungkin
guru sekolah anak anda . Bertindaklah dengan sesuatu bagi memastikan tidak
ada lagi yang mengundi BN ! Ayuh jangan tunggu lagi!.
Jangan patah semangat !. Ucapkan tahniah kepada guru tersebut kerana mereka
telah buktikan mereka benar-benar pendidik untuk yang benar hingga mereka
ditukarkan . Ini bukti mereka bukan sahaja mendidik agar mengenali kebenaran
malah mereka berkorban untuk kebenaran. Hantarkan guru ini beramai-ramai ke
sekolah baru � buktikan sokongan anda biar UMNO kecut perut.
Kepada para pelajar
Anda dizalimi . Cikgu kasihkan anda. Cikgu Pasti anda juga mengasihi guru
anda itu. Namun itulah kezaliman BN dan UMNO . Oleh itu bertindaklah untuk
memastikan
BN tumbang. Walau anda tidak boleh mengundi tapi anda fikirkan cara yang
terbaik untuk anda meruntuhkan BN. Ingatkan kepada ibubapa " AYAH JANGAN
SOKONG BN� BN ZALIM .. AYAH JANGAN PANGKAH BN NANTI BN HANCURKAN DUNIA DEPAN
KAMI . IBU �.. RUNTUHKAN BN�
KAKAK � TUMBANGKAN BN�. ABANG� JANGAN PASANG BENDERA BN �. KAWAN-KAWAN..
AYUH�. PASTIKAN BN TUMBANG��
( buat 10 salinan dan edarkan. bagi membuktikan anda benci BN dan sekutunya
)
CIKGU KEDAH
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Perisik Persendirian" <[EMAIL PROTECTED]>