*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Penghijrahan diri, selalu kita tegaskan perkara ini semasa umat Islam
menyambut Maal Hijarah iaitu 1 Muharam. Tapi kali ini walaupun ianya telah
berlalu izinkan saya membawa tajuk ini utk kita selami dalam kehidupan
seharian kita untuk mencari kerehaan Allah semata-mata. Moga hidup kita
lebih bermakna. InsyaAllah.
Surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud:
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda
dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT).
Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan
mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya
mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar."
Sesungguhnya ayat2 Al-Ouran itu adalah kata-kata Allah dan tiadalah benar
melainkan benar sahaja.
HIJRATUL QALBIYAH
Apa pun pekerjaan dimulakan dengan niat. Oleh itu suka saya mulakan hujah
saya dipagi ini dengan menekankan hijrah Hati Nurani. Sedap didengar
apatah lagi jika kita mengamalkannya. Satu petua yang ingin saya kongsi
bersama untuk menjayakan apa yg dicita ialah setiap kali kita memandang
cermin bacalah doa ini didalam hati.
Bismillahirahmanirrahim.
"Ya Allah cantikkan lah akhlak ku sepertimana engkau mengelokkan kejadian
ke atas diriku"
Banyak lagi yer doa yg boleh dibaca ini adalah diantaranya. Jika terkurang
maaf kan saya.
Sebelum saya teruskan lagi suka saya beritahu ini semua yang kita cari
bukan sahaja untuk mencari keredhaan Ilahi namun ianya untuk kebaikan
hidup kita yang senantiasa hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Ini
adalah titik permulaan untuk mencapai kemenangan hidup didunia sekaligus
membawa kebahagian diakhirat.
Dalam proses kita sebagai manusia untuk menghijrah kan diri kita utk
mendapatkan keredhaan ilahi ini Rasulullah SAW ada menggariskan panduan
kepada umat2nya. Baginda bersabda ertinya:
""Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik)
dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang
yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan
dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau
kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang
besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Mengapa sahabat atau kawan memainkan peranan penting dalam penghijrahan
diri kita atau kehidupan seharian kita? ini kerana dengan apa yang dia
lakukan akan tempias kepada diri kita sepertimana terpeciknya air hujan.
Jika berkawan dengan orang yang buruk perangainya lambat laun pasti akan
terikut-ikut begitulah sebaliknya jika berkawan dengan org yang baik,
InsyaAllah sedikit demi sedikit kita akan tertarik.
Dengan perlakuannya. dengan cara percakapannya, dengan segala tindak
tanduknya, dengan kesabarannya, dengan kesungguhannya, dengan sifat
kesederhanaanya, dengan kesabarannya dan setiap apa yang dia lakukkanya
akan tertempias kepada diri kita jika kita bersahabat baik dengan dia
(org yang soleh). Oleh itu pilihlah kawan dari kalangan orang-orang yang
beriman dan percayalah kata-kata saya ini sesungguhnya mereka akan
memberikan kita kebahagian hati. Inilah yang dikatakan usaha kita cuba
mempertingkatkan penghijrahan qalbiyah yang menjadi titik permulaan
hijrah.
Lihatlah kesannya........!!
Seterusnya secara rasional manusia mempunyai kelebihan dan kepandaian
masing-masing. Rasulullah SAW. itu sendiri yang mempunyai kelebihan yang
dipergunakan untuk kepentingan agama Allah. Dengannya umat Islam sehingga
kini memperolehoi kesejahteraan dan kebahagiaan. oleh itu marilah kita
menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita ini dengan membuat kebaikan
sesama manusia. Sepertimana firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 -
8 bermaksud:
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat biji zarah (sawi) pun nescaya
dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat
zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula"
Bagaimana yang dikatakan kebaikan seberat biji zarah tu? jawapannya ialah
doa....mendoakan kebaikan/kebahagiaan orang lain adalah merupakan satu
kebaikan. Ianya tidak mengeluarkan sesen pun.....tidak memerlukan masa,
dan tidak merugikan sesiapa. Lihat satu perkara ....iaitu hati. Jika hati
kita ikhlas dan bersih maka dengan sendirinya hati itu akan berkata-kata
dan mengeluarkan satu perasaan yang baik. Apa yg lahir dalam hati itu akan
terkeluar oleh kata-kata dan diucapkan dengan lidah. Kata-kata itu adalah
doa! doa yang baik akan termakbul oleh Allah.
Formal..........inilah cabaran permulaan kejayaan.
Mulakan dengan hijrah hati dan nurani. seterusnya langkah demi langkah.
Aturlah dengan tersusun mohonlah petunjuk dan hidayah. Semoga kita beroleh
keberkatan moga dengan penghijrahan diri kita meletakkan kita diantara
mereka yang terpilih oleh-Nya yang Maha Mengetahui serta Maha
Berkuasa......
Sekian Wassalam
Rose
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>