|
Pilihanraya semakin hampir. Rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Sebelum mengundi calun ataupun memangkah parti yang akan dipilih, ada baik tuan/puan membaca kenyataan ini! Memilih kerajaan melalui parti-parti yang bertanding ada hubungkaitnya dengan ugama kerana meletak pemerintah yang akan mentadbir negara adalah suatu amanah kepada rakyat dan negara. Dan memilih kerajaan yang adil, tidak berlaku zalim, cenderung kepada maslahat ugama, memakmurkan untuk kesajahteraan rakyat dan membangunkan negara adalah suatu tuntutan yang besar. Kesilapan memilih kerajaan yang tidak berlaku adil, zalim, hanya cenderung kepada dunia, memporak peranda ekonomi negara, mempergunakan wang rakyat bagi kepentingan diri terbeban atas bahu para pengundi. RAKYAT YANG MENGUNDI KERAJAAN BERKENAAN AKAN SAMA-SAMA MEMIKUL DOSA YANG DIPERLAKUKAN OLEH PEMIMPIN KERAJAAN TERSEBUT KERANA MENGUNDI MEREKA. AWAS!! Suasana negara yang kini ditadbir oleh B*N* menghalalkan perjudian, industri arak, pusat-pusat hiburan adalah kerana kelemahan rakyat yang menyokong dan memberi undi. Pengundi akan mendapat saham atas dosa-dosa (kering) tersebut. Persoalan ugama yang dinilai dengan akal, menolak ulama, mempersenda hukum
Allah adalah antara yang berlaku di negara, adalah hasil ataupun natijah
pemilihan lima tahun dulu. Semua ini adalah kerana kesilapan memilih parti dalam
mentadbir negara. Akhir, pilihlah parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan negara. Jangan ambil pusing propaganda TV - Malaysia Berjaya, Malaysia NegaraKU, entah macam-macam lagi tema lakunan ... TV1, TV2, TV3. Tema Pilihanraya! Propaganda lima tahun sekali bagi merompak wang rakyat untuk lima tahun ke
hadapan !! Calun Altenatif |
