|
Dengan kenyataan Dollah Badawi yang biadap yang tersergam di Mingguan Meloya 14 November 1999 " Apa guna negara Islam jika rakyat mundur - Pak Lah" saya tergerak dengan kuatnya untuk menyampaikan disini khutbah Jumaat yang saya dengar baru-baru ini. Dua minggu lepas khutbah disalah sebuah masjid di Ibu Kota memberi peringatan kepada jemaah Jumaat bahawa Rasullulah SAW telah bersabda antara lain maksudnya, "Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara iaitu: 1. Mereka yang berkuasa mencari keuntungan diri & keluarga, 2. Amanah dianggap ghanimah (mengkayakan diri sendiri), 3. Membayar zakat dianggap merugikan, 4. Suami tunduk pada isteri, dan 5. Suami durhaka kepada ibu kerana takut kepada isteri, 6. Mentaati kawan (termasuk pemimpin) yang menyompang dari kebenaran, 7. Membenci ayah, 8. Bersuara keras (bertengkar dan menjerit-jerit) di masjid, 9. Pemimpin diangkat dari gulungan yang rendah akhlaknya, 10. Orang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya, 11. Minum arak berleluasa, 12. Semakin ramai lelaki (Islam) memakai sutera, 13. Wanita menari dikyalayak ramai dianggap perkara biasa, 14. Permainan muzik merata-rata ( dan pemujaan penyanyi-penyanyi), 15. Ummat akhir zaman sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat permulaan termasuk sahabat Nabi SAW dan para imam Muktabar serta menolak fatwa mereka, ketika itu turunlah azab berupa angin merah (jerebu) atau gempa bumi, keruntuhan akhlak (moral) atau kemusnahan ekonomi." Khatib mengingatkan bahawa keadaan yang ujud di Malaysia sekarang ini memenuhi kesemua yang disebut Rasulullah SAW sebagai penyebab akan diturunkan bala oleh Allah SWT. "Resipinya sudah cukup," tegas beliau. Saya kira yang ingin diketarakan oleh Khatib ialah kita maseh lagi berkesempatan mengelakkan bala yang dahshat yang bakal diturunkan oleh Allah SWT keatas negara kita. Kita mesti menjatuhkan dan mengulingkan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional yang jelas terdiri dari pemimpin-pemimpin yang rendah akhlak; yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk keuntungan diri dan keluarga serta sahabat handai; yang menghormati Mahathir kerana kejahatannya; yang memuja penyanyi (Siti Nurhaliza dipergunakan sebagai daya tarikan kepada acara kempen BN). Berulangkali kita dengar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional menghina Islam dan menghina Rasulullah SAW. Pemimpin BN yang kafir seperti Sammy Vellu dan Ling Liong Shik telah mencontohi pemimpin UMNO dan menjadi berani menghina Islam. Yang terbaru sekali adalah kenyataan Dollah Badawi "Apa guna negara Islam jika rakyat mundur". Sekiranya Barisan Nasional kembali memerintah, ini bermakna rakyat Malaysia telah mempelawa Allah SWT untuk menurunkan bala yang dahshat keatas negara ini. Marilah kita semua elakkan bala dari diturunkan Allah SWT dengan menolak Barisan Nasional. TOLAK BALA DENGAN MENOLAK Dan MENGHAPUSKAN BARISAN NASIONAL. AYUH KEALAF BARU DENGAN SELAMAT BERSAMA-SAMA BARISAN ALTERNATIF. Allahu Akhbar !!! Allahu Akhbar !!! Allahu Akhbar !!! Kuala Lumpur |
