*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera;

BN Untuk Keamanan & Kesejahteraan ?

Wah bukan main hebat lagi propaganda BN di media-media yang dibolotinya 
untuk membohongi rakyat Malaysia.

Untuk kekalkan keamanan macam mana yg BN maksudkan?  Keamanan yang menyekat 
suara rakyat untuk menegur pemerintah? Keamanan yg membolehkan pemerintah 
menggunakan agensi kerajaan untuk memukul, mendera dan menyiksa rakyat yg 
tidak berdosa?  Keamanan yg membolehkan pihak polis menembak orang yg 
disyakki tanpa soal-periksa?  Keamanan yg membolehkan rakyat ditangkap dan 
ditahan tanpa perbicaraan?

Apakah kalau tukar pemerintah, rakyat akan tidak berhenti dilampu merah 
dijalanraya?  Apakah rakyat boleh beli pistol dan membunuh sesuka hati?  
Apakah rakyat semuanya tunggu peluang merompak bila BN jatuh?  Apakah rakyat 
Malaysia ini majoritinya penjenayah dan tidak berhati-perut?

Indonesia lepas tukar pemerintah pun boleh aman walaupun punya rakyat yang 
lebih 10 kali ganda dari rakyat Malaysia dan ramai yang tidak berpelajaran 
tinggi seperti rakyat Malaysia.

Untuk kekalkan kesejahteraan macam mana pula yg BN maksudkan?  Kesejahteraan 
yg membuatkan penoreh getah makan sehari sekali?  Kesejahteraan yg 
merudumkan ekonomi atas dasar sikap boros BN?  Kesejahteraan yg menaikkan 
harga barang-barang dan menyusahkan rakyat?  Kesejahteraan yg menindas  
rakyatnya dipaksa membayar segala tol ?  Kesejahteraan yg menyukarkan rakyat 
ke IPT kerana dasar pengswastaan BN?  Kesejahteraan yg menghalalkan duit 
rakyat diguna untuk mengkayakan suku sakat pemimpin dan kroninya?  
Kesejahteraan yg membolehkan mereka memakan rasuah dan tidak boleh didakwa?
Kesejahteraan yg membolehkan PM tinggal di Mahligai 200juta dan rakyat masih 
disetinggan?  Kesejahteraan yg membolehkannya menipu rakyat nya sendiri?  
Kesejahteraan yg membolehkan ekonomi dinasihati oleh para yahudi?  
Kesejahteraan yg membolehkannya membolot segala kekayaan negara?  
Kesejahteraan yg menyuburkan murtad, zina, buang-anak, dadah, AIDS, dan 
segala macam wabak penyakit?

Jika itulah sejahtera yg dimaksudkan, memang sudah hilang akal lah pemimpin 
BN.

Kalau begitulah pandangan pemimpin BN terhadap rakyat dengan kempen mereka, 
memang merekalah sebenarnya yang tidak tahu menilai rakyatnya sendiri 
lantaran sifat mereka yg sudah buta dengan penyelewangan dan penindasan yg 
telah mereka lakukan.

Abu Din - lagi akan aman dan sejahtera jika memilih Barisan Alternatif!



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mat Saja" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke