*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Usahlah dicari benda yang samar2 untuk merendahkan
kewibawaan Ulama. Taktik ini nampaknya lanjutan dari tektik
setan yang digunakan terhadap anwar. Hanya orang yang dah
mati yang tak dapat bezakan siapa yang perlu diikut;
Mahadir/Umno atau Ulama/Pas. Ingat, undi anda akan dibawa
kedalam kubur. Ada orang masuk neraka percuma kerana
membenci Ulama. Kita tak perlu "the sixth sense" untuk
menilai kenyataan dibawah - "only ordinary mukmin's common
sense".
1. Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - (Kenyataan
Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri,
Kelantan Darul Naim)
2. Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan
- (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para
wartawan)
3. Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak
ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan
bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud
tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai
rakyat berbilang kaum dan agama. - (Ucapan Mahathir pada 2
Mei 1992 di Papar Sabah).
4. Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh
BN tidak akan melaksanakan hukum hudud. - (Kenyataan
Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas
mesyuarat MT Umno)
5. Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat
Malaysia bukan seratus peratus Islam - (Ucapan Mahathir pada
14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan).
6. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun
keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam.
Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh
melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan
Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri,
Kelantan)
7. Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat
saksi yang tidak fasik. - (Ucapan Mahathir pada 3 Mac di
Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
8. Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika
berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di
kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum
hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal
perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan
perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak
semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara
Islam lebih makmur tanpa hukum itu. - (Kenyataan Najib Razak
pada 20 April 1992 kepada para wartawan)
9. Ini pula kita dengar Nik Aziz berkata bahawa perkataan
Islam dalam PAS itu menolong mengingatkan kita kepada Allah.
Sebelum Nik Aziz masuk PAS, dia tidak ingatkan langsung
kepada Allah SWT. Saya dilahirkan jauh sebelum PAS ditubuh
kan pada 1952. Saya dilahirkan pada tahun 1925 dan saya sudah
tahu (bukanlah pada tahun pertama lahir) tapi apabila faham
sikit, sudah tahu nama Allah. Saya faham saya adalah orang
Islam. Tak payah ada parti PAS pun. Nik Aziz. Ini Nik Aziz
KONONNYA TOK GURU. Tak boleh guna nama lain, kena panggil
Tok Guru...TOK GURU APA? Sanggup mendakwa bahawa kerana ada
PAS lah, maka kita ingat kepada Allah (Mahathir di
perhimpunan Agung Umno 20 November 1994).
10. Biarkan orang kata saya jaguh lompat. Mereka boleh
panggil saya Raja Katak supaya stress mereka hilang. Tetapi
saya merayu agar mereka jangan lagi menyerang Perdana
Menteri, Dato Seri Dr Mahathir. Beliau sudah terlalu banyak
berbakti kepada negara ini dan TIDAK PERNAH MELAKUKAN
SEBARANG DOSA. - Ibrahim Ali.
11. PAS TIDAK LAGI RELEVAN JIKA UMNO TELAHPUN MENEGAKKAN
HUKUM ALLAH. - T.G. Nik Aziz
Sekian.
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: spy leman <[EMAIL PROTECTED]>