*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Subject: FW: Kategori2 Sembahyang & Wajah Mayat
> Importance: High
>
>
> Assalamualaikum.w.b.t
>
> Semoga mendapat manfaat yg berguna bagi kite semua...maksud hadis,
>
> "Perbezaan orang Islam dgn orang kafir adalah terletak pd sembahyangnya, Barangsiapa
>yg meringan-ringankannya( melengah2nya dgn sengaja) maka jelaslah ianya kafir"
>
> Ni part of the summary dari kursus motivasi "Membina Peribadi Agung Melalui
>Sembahyang"........just to share....
>
> Mengapa ibadah solat tidak membangunkan insan?
>
> Apakah sebabnya umat Islam hari ini tidak tinggi akhlaknya, berdisiplin, tinggi
>kebudayaan dan kemas syariatnya?
> Sembahyang yang dilakukan masih belum dapat mendidiknya.
> Apakah mereka meninggalkan sembahyang, tidak sempurna sembahyang mereka atau apa
>yang tidak kena pada sembahyang mereka?
>
> Oleh itu marilah kita melihat kategori sembahyang di kalangan umat Islam:
>
> 1. Golongan umat Islam yang tidak sembahyang bahkan ramai yang tidak tahu
>bersembahyang.
> Berdasarkan hadis, golongan yang tidak sembahyang mereka menjadi kafir.
>
> 2. Ada yang mengerjakan sembahyang secara jahil, tidak tahu rukun, sah batal,
>cara bersuci dan sebagainya. Ibadah sembahyangnya tertolak dan mereka akan
>dimasukkan ke dalam neraka.
>
> 3. Golongan yang faham ilmu sembahyang tetapi kerana tidak boleh lawan nafsu dan
>godaan dunia yang kuat maka sembahyang mereka tidak istiqamah.
> Ada mood buat, tak ada mood atau sibuk tinggal. Ini adalah golongan orang fasik.
>
> 4. Golongan yang mengerjakan sembahyang dengan ilmu yang tepat, tetapi waktu
>mengerjakan sembahyang tak khusyuk, fikiran dan jiwa menerawang dengan perkara
>dunia.
> Golongan ini lalai di dalam sembahyang.
>
> 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang bertepatan dengan ilmunya, dapat menyorot
>dan menumpukan bacaan di setiap perkataan dan lafaznya.
> Fikiran tidak melilau kepada perkara-perkara lain tetapi tidak faham bacaannya.
>Ini dipanggil golongan awamul muslimin. Mereka ini ghurur (tertipu).
>
> 6. Golongan yang sembahyang seperti tarik tali (kadang-kadang ingat dan
>adakalanya lalai). Golongan ini terpulang kepada Allah, sedar dikira tak sedar tidak
>dikira.
> Golongan ini adalah golongan mujahadah antara ingat dan lalai.
>
> 7. Ilmu tepat, dapat mengikuti makna dalam lafaz sembahyang. Setiap bacaan
>difahami dan dihayati.
> Golongan ini dipanggil golongan Abrar, orang soleh, iaitu golongan yang dapat buat
>penumpuan dan faham dalam solat.
>
> 8. Sama seperti golongan 7 tetapi kelebihan mereka dapat menghayati dan menjiwai
>setiap makna perkataan di dalam solat. Setiap perkataan yang dibaca difikir dan
>dijiwai oleh hatinya.
> Mereka adalah golongan Muqarrobin.
>
> 9. Golongan ini faham apa yang dibaca, dijiwai dan dihayati hingga asyik masyuk
>dengan Tuhan sama ada takut atau rindu kepada Tuhannya. Mereka tidak menyedari alam
>sekeliling.
> Ini adalah golongan Siddiqin. Contohnya Saidina Umar ketika ingin menunaikan solat
>hingga pucat-pucat mukanya.
>
> Setelah mengkaji peringkat-peringkat sembahyang, ibadah solat yang boleh
>membersihkan jiwa, bersatu padu,
> rasa hamba yang tinggi, bersatu padu, berkasih sayang dan melahirkan
>peribadi-peribadi agung ialah golongan 7, 8 dan 9.
>
> Golongan lain adalah tidak sah, lalai dan tidak faham tentang sembahyang apatah
>lagi untuk hayati sembahyang. Oleh itu sembahyangnya tidak mampu meningkatkan iman
>dan mendidik diri.
>
> Barangsiapa yang melakukan sembahyang tetapi tidak mencegah dari kemungkaran, mereka
>sebenarnya masih belum bersembahyang tetapi hanya melakonkan sembahyang.
>
>
>***********************************************************************************************************************************************************************************************************
>
>
> 7 jenis wajah mayat di dalam kubur
>
> 1.Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat > Itulah petanda bahawa semasa
>hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.Kawan-kawan syirik ni jangan
>buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam.Kekal dalam neraka selam-lamanya.
>
> 2.Mayat yang mukanya berbentuk babi Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan
>solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu.Lalai dalam solatnya.Sesungguhnya
>solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji
>dan mungkar ni banyak, bukan berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja.Tak
>tutup aurat juga perbuatan keji.Bayangkanle sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak
>pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.Siksa api neraka amat
>pedih oii....Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap
>)api neraka kawan-kawan cuba le cucuh hujung jari kawan-kawan dgn api, macam mana
>rasanya ?Boleh tahan tak?
>
> 3.Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam Itulah mayat yang semasa hidupnya
>derhaka kepada kedua ibu-bapa.
>
> 4.Mayat yang perutnya buncit dan meletup Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
>makan harta yang haram.Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri ..harta
>yang haram.Merompak...harta haram. Melesapkan duit kawan...harta yang haram.
>
> 5.Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang
>semasa hidupnya suka berkelahi,mengata orang dan mengumpat orang.
>
> 6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari
>bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
>
> 7.Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan
>beramal soleh
>
>
>
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mohd Zulkifli B. Mohd. Din (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* FW: Kategori2 Sembahyang & Wajah Mayat
Mohd Zulkifli B. Mohd. Din (Central) Tue, 16 Nov 1999 20:23:13 -0800
