*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Selain daripada Terengganu dan Perlis, Kedah adalah salah sebuah negeri yang 
dijangkakan akan menyaksikan pertarungan sengit antara Barisan Nasional dan 
Barisan Alternatif dalam pilihanraya akan datang. Baru-baru ini, ketika 
berkunjung ke Kedah, saya cuba membuat tinjauan secara random, ingin melihat 
sejauh manakah sudah berubahnya rakyat di sana berbanding musim pilihanraya 
sebelum ini.

Antara banyak-banyak kawasan di Kedah, saya tertarik dengan dua buah daerah di 
mana PAS mencalonkan dua orang tokoh yang dikenali ramai; Sik (Shahnon Ahmad) 
dan Baling (Ust Taib Azzamuddin).

Ini sedikit hasil kajian saya untuk Daerah Sik:

Saya merasakan bahawa untuk kali ini, Barisan Alternatif dan Barisan Nasional 
mempunyai peluang yang hampir sama, 50/50 di kawasan ini; itu pun bergantung 
kepada sejauh manakah jentera Barisan Alternatif mampu bergerak untuk 
mengatasi permasalahan yang bakal saya paparkan di bawah.  Sebelum itu, 
diperturunkan di sini, nama calon2 yang bertanding kali ini dan keputusan 
pilihanraya parlimen Sik 1995:

P13SIK (33,862)

Melayu: 92.31% Cina: 2.15% India: 0.14% Lain: 5.38% 
1. Datuk Dr Abdul Hamid Othman (BN) 
2. Datuk Shahnon Ahmad (Pas) 
1995: Datuk Dr Abdul Hamid Othman (BN) Majoriti 2,134

Seperti yang dapat dilihat di atas, Hamid Othman beroleh majoriti sekitar 2000 
orang; dan seperti yang diketahui umum di seluruh Sik, majoriti 2000 ini 
datangnya cuma dari satu tempat sahaja, iaitu dari Tanah Rancangan Felda Teloi 
Timur.

Untuk pengetahuan, Tanah Rancangan Felda Teloi Timor ini dibuka kira-kira 18 
tahun yang lalu; mempunyai hampir 600 keluarga dengan jumlah pengundi 
berdaftar sekitar 2000 orang. Telah diketahui umum juga di daerah Sik bahawa 
peneroka-peneroka tanah rancangan ini rata-ratanya adalah orang luar daerah 
Sik. Mereka ini majoritinya adalah hardcore-hardcore UMNO di tempat asal 
mereka - satu2nya kriteria yang membolehkan mereka masuk menyertai tanah 
rancangan ini.

Untuk beberapa siri pilihanraya lepas, merekalah merupakan faktor penentu 
kepada jatuh bangun UMNO khususnya Datuk Hamid Othman di kawasan Sik. Kerana 
itu, mereka ini telah diberi layanan dan 'jamuan' yang begitu istimewa 
tambah-tambah pula menjelang pilihanraya ini.

Malangnya, kerana musim pilihanraya kali ini, ekonomi negara dan juga ekonomi 
UMNO berada di tahap yang teramat gawat, maka UMNO Sik kali ini sudah 
kekurangan 'telur' untuk dijamukan kepada peneroka-peneroka Felda di situ. 
Lantas itu, timbullah satu tektik buruk, yang busuk lagi membusukkan, untuk 
mengelabui mata 2000 orang pengundi-pengundi ini supaya mereka terus memberi 
undi kepada UMNO.

Peneroka-peneroka ini telah dijanjikan oleh sekumpulan 'pemaju',  bahawa tanah 
mereka akan diambil untuk satu project pertanian besar-besaran yang kononnya 
sudah pun mendapat green light dari 'orang atas'. Siapa lagi orang atas itu 
kalau bukan Datuk Seri Dr Mahathir Bin Mohamad. Untuk berlaku adil kepada Dr 
Mahathir, kita sendiri tak pasti sama ada beliau ada mengetahui kisah ini; 
tapi inilah apa yang dibualkan orang di sekitar Sik.

Lalu, berpesta sakanlah peneroka-peneroka ini, apa tidaknya tanah 10 ekar 
mereka itu akan diambil dengan harga RM1.4 juta beserta peluang menjadi rakan 
kongsi melalui pemilikan saham.

RM1.4 JUTA BUKAN SENANG WEI!!

Dua tiga bulan lepas, saya dimaklumkan bahawa ramai salesman terutamanya car 
dealers, dari Sungai Petani dan sekitarnya berulang alik ke Felda Teloi Timur 
untuk mencari pelanggan. Saya dimaklumkan bahawa ada seorang ejen itu mendapat 
beratus-ratus tempahan untuk kereta-kereta baru, seperti Perdana, Wira 
Aeroback dsg. Keadaan menjadi bertambah meriah dengan kedatangan berbagai 
ejen-ejen jualan yang lain. Suasana baru ini menyebabkan ramai peneroka2 Felda 
Teloi Timur lebih gemar menghabiskan masa berborak dan menyimpan angan-angan 
berbanding ke Ladang. Keadaan ini juga menyebabkan wujud satu macam ketegangan 
antara kumpulan yang percaya dengan cerita ini dan mereka yang masih rasional. 
Akhirnya, saya dimaklumkan pihak polis sendiri ada turun ke Felda Teloi Timur 
untuk menyiasat punca cerita Nak Jadi Jutawan ini!!

Saya tak pasti apa hasilnya, tapi satu benda yang pasti hampir 600 orang 
Peneroka-Peneroka ini dengan jumlah pengundi seramai ~2000 orang akan memberi 
undi kepada Barisan Nasional kerana mereka cukup percaya dan yakin bahawa 
sekiranya Datuk Hamid menang di Sik nanti, mereka semua akan bergelar 
Jutawan!!

ISYH, ISYH!  TAK SANGKA BEGITU KOTOR SUNGGUH POLITIK UMNO, SANGGUP MENIPU 
RAKYAT HIDUP-HIDUP SEMATA-MATA KERANA NAK DAPAT UNDI PILIHANRAYA!!

Apa-apa pun, pihak Barisan Alternatif perlulah bekerja lebih keras sekiranya 
ingin menawan Parlimen Sik daripada tangan Hamid Othman; saya tak pasti sejauh 
manakan kekuatan dan pengaruh PAS di tanah rancangan itu tetapi ada baiknya 
jika mana-mana pemimpin Alternatif yang popular seperti Ustaz Ismail Kamus, 
Datuk Dr Harun Din atau pun Tuan Guru Nik Aziz dapat berkunjung ke situ untuk 
memulihkan kembali mereka-mereka ini yang nampaknya sudah benar-benar terpukau 
dengan mainan licik politik UMNO ini!!

Jika tidak, harapan kita untuk melihat  Ex-YB Datuk Dr Abdul Hamid Bin Othman  
kecundang di gelanggang sendiri akan terus tinggal harapan......


- sekian dilaporkan -

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke