*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ALLAHUAKHBAR !!!!

HAMID OTHMAN TELAH TUMBANG TAPI IBARAT MENCANTAS POKOK PISANG..WALAUPUN DAH
DI TEBANG TAPI IA MASIH CUBA UNTUK HIDUP DAN BERBUAH

-----Original Message-----
From: Mat Saja [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, November 23, 1999 3:56 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Parlimen Sik - satu tinjauan



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum;

Kalau di Sik tu, isu yg mungkin boleh memenangkan atau mengalahkan BN ialah 
mengenai bayaran pampasan (yg ramai penduduk minta lebih tinggi) terhadap 
pengambilan tanah untuk projek empangan Sg. Beris.  Antara yg terlibat 
termasuk penduduk/pengundi di Kg Sg Batang, Ternas, Batu Seketul, dan Charok

Tenang.  Jumlah pengundi ditempat-tempat tersebut dianggarkan 2000-3000 
pengundi.

Mungkin ramai yg masih belum berpuashati (dan mungkin ramai juga yg dah puas

hati) terhadap harga pampasan yg diberi dan yg akan diberi (belum semua yg 
terlibat dah dapat duit).




>From: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Parlimen Sik - satu tinjauan
>Date: Mon, 22 Nov 1999 19:56:29 -0500
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Selain daripada Terengganu dan Perlis, Kedah adalah salah sebuah negeri 
>yang
>dijangkakan akan menyaksikan pertarungan sengit antara Barisan Nasional dan
>Barisan Alternatif dalam pilihanraya akan datang. Baru-baru ini, ketika
>berkunjung ke Kedah, saya cuba membuat tinjauan secara random, ingin 
>melihat
>sejauh manakah sudah berubahnya rakyat di sana berbanding musim pilihanraya
>sebelum ini.
>
>Antara banyak-banyak kawasan di Kedah, saya tertarik dengan dua buah daerah

>di
>mana PAS mencalonkan dua orang tokoh yang dikenali ramai; Sik (Shahnon 
>Ahmad)
>dan Baling (Ust Taib Azzamuddin).
>
>Ini sedikit hasil kajian saya untuk Daerah Sik:
>
>Saya merasakan bahawa untuk kali ini, Barisan Alternatif dan Barisan 
>Nasional
>mempunyai peluang yang hampir sama, 50/50 di kawasan ini; itu pun 
>bergantung
>kepada sejauh manakah jentera Barisan Alternatif mampu bergerak untuk
>mengatasi permasalahan yang bakal saya paparkan di bawah.  Sebelum itu,
>diperturunkan di sini, nama calon2 yang bertanding kali ini dan keputusan
>pilihanraya parlimen Sik 1995:
>
>P13SIK (33,862)
>
>Melayu: 92.31% Cina: 2.15% India: 0.14% Lain: 5.38%
>1. Datuk Dr Abdul Hamid Othman (BN)
>2. Datuk Shahnon Ahmad (Pas)
>1995: Datuk Dr Abdul Hamid Othman (BN) Majoriti 2,134
>
>Seperti yang dapat dilihat di atas, Hamid Othman beroleh majoriti sekitar 
>2000
>orang; dan seperti yang diketahui umum di seluruh Sik, majoriti 2000 ini
>datangnya cuma dari satu tempat sahaja, iaitu dari Tanah Rancangan Felda 
>Teloi
>Timur.
>
>Untuk pengetahuan, Tanah Rancangan Felda Teloi Timor ini dibuka kira-kira 
>18
>tahun yang lalu; mempunyai hampir 600 keluarga dengan jumlah pengundi
>berdaftar sekitar 2000 orang. Telah diketahui umum juga di daerah Sik 
>bahawa
>peneroka-peneroka tanah rancangan ini rata-ratanya adalah orang luar daerah
>Sik. Mereka ini majoritinya adalah hardcore-hardcore UMNO di tempat asal
>mereka - satu2nya kriteria yang membolehkan mereka masuk menyertai tanah
>rancangan ini.
>
>Untuk beberapa siri pilihanraya lepas, merekalah merupakan faktor penentu
>kepada jatuh bangun UMNO khususnya Datuk Hamid Othman di kawasan Sik. 
>Kerana
>itu, mereka ini telah diberi layanan dan 'jamuan' yang begitu istimewa
>tambah-tambah pula menjelang pilihanraya ini.
>
>Malangnya, kerana musim pilihanraya kali ini, ekonomi negara dan juga 
>ekonomi
>UMNO berada di tahap yang teramat gawat, maka UMNO Sik kali ini sudah
>kekurangan 'telur' untuk dijamukan kepada peneroka-peneroka Felda di situ.
>Lantas itu, timbullah satu tektik buruk, yang busuk lagi membusukkan, untuk
>mengelabui mata 2000 orang pengundi-pengundi ini supaya mereka terus 
>memberi
>undi kepada UMNO.
>
>Peneroka-peneroka ini telah dijanjikan oleh sekumpulan 'pemaju',  bahawa 
>tanah
>mereka akan diambil untuk satu project pertanian besar-besaran yang 
>kononnya
>sudah pun mendapat green light dari 'orang atas'. Siapa lagi orang atas itu
>kalau bukan Datuk Seri Dr Mahathir Bin Mohamad. Untuk berlaku adil kepada 
>Dr
>Mahathir, kita sendiri tak pasti sama ada beliau ada mengetahui kisah ini;
>tapi inilah apa yang dibualkan orang di sekitar Sik.
>
>Lalu, berpesta sakanlah peneroka-peneroka ini, apa tidaknya tanah 10 ekar
>mereka itu akan diambil dengan harga RM1.4 juta beserta peluang menjadi 
>rakan
>kongsi melalui pemilikan saham.
>
>RM1.4 JUTA BUKAN SENANG WEI!!
>
>Dua tiga bulan lepas, saya dimaklumkan bahawa ramai salesman terutamanya 
>car
>dealers, dari Sungai Petani dan sekitarnya berulang alik ke Felda Teloi 
>Timur
>untuk mencari pelanggan. Saya dimaklumkan bahawa ada seorang ejen itu 
>mendapat
>beratus-ratus tempahan untuk kereta-kereta baru, seperti Perdana, Wira
>Aeroback dsg. Keadaan menjadi bertambah meriah dengan kedatangan berbagai
>ejen-ejen jualan yang lain. Suasana baru ini menyebabkan ramai peneroka2 
>Felda
>Teloi Timur lebih gemar menghabiskan masa berborak dan menyimpan 
>angan-angan
>berbanding ke Ladang. Keadaan ini juga menyebabkan wujud satu macam 
>ketegangan
>antara kumpulan yang percaya dengan cerita ini dan mereka yang masih 
>rasional.
>Akhirnya, saya dimaklumkan pihak polis sendiri ada turun ke Felda Teloi 
>Timur
>untuk menyiasat punca cerita Nak Jadi Jutawan ini!!
>
>Saya tak pasti apa hasilnya, tapi satu benda yang pasti hampir 600 orang
>Peneroka-Peneroka ini dengan jumlah pengundi seramai ~2000 orang akan 
>memberi
>undi kepada Barisan Nasional kerana mereka cukup percaya dan yakin bahawa
>sekiranya Datuk Hamid menang di Sik nanti, mereka semua akan bergelar
>Jutawan!!
>
>ISYH, ISYH!  TAK SANGKA BEGITU KOTOR SUNGGUH POLITIK UMNO, SANGGUP MENIPU
>RAKYAT HIDUP-HIDUP SEMATA-MATA KERANA NAK DAPAT UNDI PILIHANRAYA!!
>
>Apa-apa pun, pihak Barisan Alternatif perlulah bekerja lebih keras 
>sekiranya
>ingin menawan Parlimen Sik daripada tangan Hamid Othman; saya tak pasti 
>sejauh
>manakan kekuatan dan pengaruh PAS di tanah rancangan itu tetapi ada baiknya
>jika mana-mana pemimpin Alternatif yang popular seperti Ustaz Ismail Kamus,
>Datuk Dr Harun Din atau pun Tuan Guru Nik Aziz dapat berkunjung ke situ 
>untuk
>memulihkan kembali mereka-mereka ini yang nampaknya sudah benar-benar 
>terpukau
>dengan mainan licik politik UMNO ini!!
>
>Jika tidak, harapan kita untuk melihat  Ex-YB Datuk Dr Abdul Hamid Bin 
>Othman
>kecundang di gelanggang sendiri akan terus tinggal harapan......
>
>
>- sekian dilaporkan -
>
>------------------------------------------------------------
>  Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
>                 http://MailAndNews.com
>
>  Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
>  POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
>------------------------------------------------------------
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mat Saja" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Aziz, Azrul Mahathir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke