*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tepuk dada, tanya hati.

Khas buat ahli-ahli UMNO (tanpa prejudis).

     Saya  merasa  terpanggil  untuk  menulis  di sini untuk menyatakan pendapat
peribadi  saya  berhubung  dengan  keadaan  suasana politik negara tercinta ini.
Terlebih  dahulu  biarlah  saya nyatakan di sini sedikit tentang diri saya. Saya
dilahirkan  di  utara  tanah  air  dengan  persekitaran keUMNOan yang yang cukup
tebal, dimana dari rakyat biasa sehingga ke imam besar masjid adalah orang UMNO.
Apatah  lagi bapa saya adalah seorang wakil rakyat. Pada ketika itu seakan tiada
apa yang dapat mengoyangkan walaupun sedikit keutuhan jalinan ikatan parti UMNO.
Ianya  seolah-olah setiap anak yang dilahirkan adalah ahli UMNO secara otomatis.
Demikianlah adanya keadaan UMNO pada ketika itu ditempat saya.

     Keadaan  sedemikian  masih  terjalin  hingga  sekarang  dan  mungkin  tidak
ditempat  saya  sahaja  malah  banyak  lagi  tempat-tempat yang lain di Malaysia
tercinta  ini.  Tetapi  seperti  juga  orang lain, bapa telah menyekolahkan saya
hingga  kepuncak  menara  gading.  Saya berterima kasih kepada bapa dan kerajaan
kerana  telah  menyumbang  kearah  melahirkan ramai siswazah-siswazah yang bakal
membentuk  Malaysia yang lebih dinamik. Tetapi pelajaran juga telah membuat saya
sentiasa  memikirkan  akan logik atas sesuatu kejadian dan seterusnya memutuskan
keputusan atas rumusan logik kejadian tersebut.

     Ini  adalah  proses  biasa  pada manusia yang waras, tidak menerima sesuatu
secara  sambil  lewa.  Inilah  rasional  atau  hakikat  yang sepatutnya ada pada
ahli-ahli UMNO. Mungkin disebabkan sudah terlalu lama bersama UMNO maka tentunya
amat sukar untuk kita meninggalkannya. Banyak sudah kenangan pahit manis bersama
tak  kan  dibuang  begitu  saja, ianya umpama apabila seorang lelaki sudah jatuh
cinta  pada  seorang  gadis  biar  apapun dikatakan orang tentang gadis tersebut
tidak  dapat  dia  menerimanya biarpun ia adalah kenyataan malah semakin dikata,
semakin  mendalam pula cintanya pada gadis itu. Tetapi Allah tidak mencipta kita
dan membiarkan kita tanpa pedoman.

     Allah  telah  mengingatkan kita supaya kembali kepadaNya apabila menghadapi
kebuntuan  dalam  membuat  keputusan.  Tetapi  apabila  melihat imam masjid yang
disegani  juga  masih  bersama  UMNO  ia seolah-olah memberi kesaksian yang UMNO
masih  relevan.  Ibu  saya yang selalu berpuasa dan qiamullail setiap malam juga
amat  kuat  pegangan  keUMNOannya seolah-olah tiada pergolakan dalam parti UMNO.
Saya  tidak  mahu jadi anak yang derhaka terhadap orang tua sebab itu saya minta
ibu  dan  bapa  dan  keseluruhan  ahli-ahli  UMNO supaya berfikir sejenak dengan
membuka  fikiran  seluas-luasnya  tanpa  sempadan,  tanpa memikirkan parti-parti
pembangkang  seperti PAS, DAP, keADILan dan lain-lain hanya tentang UMNO dan apa
sudahnya. Perhatikan peristiwa-peristiwa berikut dan fikirkan logiknya:

1.Datuk  Seri  Anwar  dilucutkan  jawatan  dari  kabinet  dan  UMNO  atas  sebab
salahlaku.  Jika itu         alasannya maka adalah logik jika proses pembersihan
salahlaku  ini  tidak hanya terhenti disitu saja malah diteruskan terhadap semua
angota kabinet dan ahli-ahli UMNO yang bermasalah.

2.Pengakuan  demi  pengakuan  tentang  salahlaku  DS  Anwar oleh ahli-ahli UMNO.
Bukankah  ini  hanya membuka pekung didada UMNO yang menunjukkan betapa teruknya
pengurusan  dalam  UMNO.  Tidakkah  ahli-ahli UMNO terasa ditipu selama ini oleh
pihak pengurusan atasan.

3.Jika pelbagai pengakuan dibuat oleh ahli-ahli UMNO terhadap DS Anwar, DS Anwar
juga  membuat  pendedahan  demi pendedahan tentang salahlaku ahli-ahli tertinggi
UMNO.  Logiknya Parti UMNO sudah terlalu bermasalah. Apakah tidak ada ahli dalam
UMNO  yang  meminta  bedah  siasat dilakukan segera untuk memulihkan keadaan dan
memperbaiki  imej  parti.  Kenapa  nampak semuanya cuma menjadi mengampu sahaja.
Kenapa takut kalau sayangkan parti UMNO.

4.Kenapa ada pendakwaan terpilih dalam perlaksaan undang-unda
ng  negara  terutama kes rasuah. Kebanyakan ahli-ahli koperat yang terlibat akan
disabitkan  dengan  DS  Anwar.  Secara  logiknya  ternampak  jelas  akan ujudnya
perancangan  terhadap  perkara  ini. Mana hilangnya ahli-ahli UMNO yang kununnya
bersama pimpinan Mahathir-Anwar satu ketika dulu, apakah semuanya percaya dengan
pendakwaan dan pertuduhan yang dibuat secara bulat-bulat tanpa pertimbangan yang
waras.

5.Kenapa kawan-kawan DS Anwar di dalam UMNO dipinggirkan malah kadangkala diberi
amaran supaya menerima sahaja keputusan pucuk pimpinan tanpa banyak soal. Apakah
sudah hilang demokrasi dalam UMNO sehingga tidak boleh bertanya langsung tentang
kes DS Anwar.



     Cukuplah  sekadar  itu  untuk  difikirkan. Cuba fikirkan dalam konteks UMNO
sendiri. Apakah pucuk pimpinan sekarang benar-benar telus dalam perjuangan untuk
menegakkan   bangsa,   agama   dan   negara   atau   hanya   untuk   kepentingan
individu-individu tertentu.

     Kita  seringkali  diiklankan untuk mensyukuri akan nikmat-nikmat yang telah
kita perolehi. Sebenarnya kita berterima kasih kepada kerajaan yang melaksanakan
tanggungjawab  mereka  dan  mensyukuri kepada Allah atas semua nikmat yang telah
diberikan   dengan   melakukan   segala   suruhannya   dan  meninggalkan  segala
larangannya. Tepuk dada, tanya hati yakni hati yang benar-benar tulus dan ikhlas
tanpa sebarang prejudis.

     Sekian,  semuga  kita  lebih  jelas  tentang arah tuju diri kita seterusnya
negara tercinta ini.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke