(See attached file: Tepuk Dada.html)Title: Tepuk Dada, Tanya Hati II
|
Tepuk Dada, Tanya Hati II Khas buat ahli-ahli UMNO Artikel yang lepas saya mengajak ahli-ahli UMNO untuk memikirkan logik tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada DS Anwar. Kali ini saya ingin membawa satu senario untuk difikirkan oleh ahli-ahli UMNO akan apa sudahnya parti UMNO nanti. Tidak ada sesuatu yang lebih pasti di dunia ini melainkan kematian. Hendak tidak hendak setiap orang terpaksa melaluinya. Maka kita tidak boleh lari dari membincangkan masalah ini. Dalam UMNO kesemua presidennya dahulu bermula dari Tunku Abd Rahman sehingga Tun Hussein Onn semuanya sudah meninggal dunia. Maka Dr. Mahathir juga sudah pasti tidak boleh lari dari kenyataan ini. Sebagai ahli UMNO dan sayangkan parti dan ingin melihat parti bergerak maju ke alaf baru cuba bayangkan apa akan terjadi dalam UMNO bila tiba hari kematian Dr Mahathir Muhammad. Mungkin boleh berlaku esok, lusa atau bulan depan atau tahun depan hanya ALLAH yang mengetahuinya. Saya melihat UMNO akan berpecah, malah perpecahan ini akan menjadi begitu kronik sehingga keseluruhan struktur UMNO akan lumpuh. Mari sama-sama kita renungi nasib UMNO selepas itu. Hulubalang-hulubalang dalam UMNO akan cuba menonjolkan diri mereka beradu kekuatan dengan apa cara sekali pun untuk merebut kerusi tertinggi. Hulubalang-hulubalang ini mempunyai pasukan mereka sendiri selalunya dari negeri yang diwakili masing-masing atau kroni-kroni dalam korperat dan sebagainya. Kali ini pertarungan bukan melawan parti pembangkang tetapi melawan sesama sendiri. Cuba kita lihat siapa hulubalang-hulubalang ini.
Secara logiknya selepas kematian Dr Mahathir, Pak Lah akan mengambil alih tampuk pemerintahan maka sukalah rakyat di Pulau Pinang khasnya dan kawasan utara amnya. Tetapi kuncu-kuncu Najib pastinya tidak duduk diam kerana dari kiraan majoriti dalam pemilihan Naib Presiden parti, undi Najib adalah melebihi undi Pak Lah, maka sudah tentu dia yang lebih layak. Tetapi kerana Mahathir masih hidup tentunya Najib terpaksa bersabar, sekarang Mahathir sudah tiada dan inilah masanya untuk dia bertindak. Tetapi jika diukur dari kelayakan maka tentunya setelah kepulangan Razaleigh Hamzah dalam pangkuan UMNO atas kerestuaan Mahathir sendiri, dia dilihat mampu untuk menerajui UMNO. Annuar Musa mungkin akan menentang perlantikan ini dengan alasan Razaleigh adalah masih baru dalam parti dan tokoh-tokoh lain adalah lebih layak, lagipun dia sukar dipercayai. Daim yang diam memang tidak cendorong untuk merebut jawatan tertinggi tersebut, tetapi beliau sangat bijak dalam mengatur strategi. Siapapun orang di atas dia akan pastikan orang itu akan berada dalam genggamannya. Saya rasakan Najib mungkin mengguna pengaruh Daim untuk merebut jawatan tersebut. Daim yang terkenal sebagai tokoh korperat sekali lagi akan menjadi orang dibelakang yang mencaturkan perencanaan ini. Khalil Yaakub tokoh yang menonjol disaat ini, dia dikatakan orang yang boleh mengugat mana-mana calun diatas. Ketegasan dan kerja kuatnya sangat ketara berbanding tokoh-tokoh lain. Begitu juga Muhammad Muhd Taib, seorang lagi tokoh "melayu baru" sangat berpengaruh dan Mahathir terpaksa mengurangkan pengaruhnya dengan kes yang di hadapinya baru-baru ini. Dia tentunya akan mengambil kesempatan ini selepas ketiadaan Mahathir. Jika ini berlaku tentunya Rahim Tambi Chik juga tidak mahu ketinggalan. Maka dia pun menyusun strategi untuk mencari kepercayaan ahli kepadanya. Hishamuddin sengaja dimasukan dalam senarai ini kerana dia akan meyakin banyak pihak bahawa dia adalah orang penting yang membantu UMNO dalam tempoh kegawatan dalaman itu. Dia mungkin akan merebut jawatan kedua tertinggi. Apapun pertandingan ini bukan hanya melibatkan tokoh-tokoh tersebut tetapi juga keseluruhan anggota parti. Ajen-ajen asing juga akan menyelinap masuk dan mempengaruhi ahli-ahli akan tokoh pilihan mereka. Perpecahan pastinya berlaku dan kalau adapun keputusan tentunya banyak pihak yang tidak berpuas hati. Pergolakan demi pergolakan yang akhirnya membawa kehancuran dalam UMNO. Pada ketika itu cuba fikirkan apa yang akan terjadi kepada negara ini. UMNO hari ini hanya bergantung perpaduannya dan dilihat sepakat atas kepimpinan Dr Mahathir, tanpa dia UMNO pastinya lumpuh. Saya belum menyentuh bagaimana pula reaksi MCA, MIC dan yang lainnya. Sudah tentu jika UMNO hancur Barisan Nasional juga hancur. Demi masa depan Malaysia, saya menyeru semua ahli-ahli UMNO berfikir. Ini bukan cerita dongeng cuma difikirkan dari segi logiknya sahaja. Kemungkinannya ada malah mungkin lebih dahsyat lagi dari yang digambarkan Tepuk dada, tanya hati bagaimana Malaysia dimasa depan jika keadaan ini berlaku. Dihari mengundi ini, bacalah "Bismillah hirrahma nirrahim" tetapkan hati UNDILAH dengan hati yang tunduk kepada ALLAH yang maha mengetahui.
|
