*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KAKI AMPU YANG MUNAFIK
Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya
yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri
dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan
ke istana hinggapnya. Mereka dijamu
dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang
kehormat.
Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak
wangi dari sakunya. Baginda membuka dan
menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.."
Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan
botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya.
"Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak
wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir
itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang
busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para
jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka
mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.
Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri.
Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan
respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak
wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi
termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak
seperti yang tuan-tuan katakan."
Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum
sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini.
Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup
menyembunyikan kebenaran kerana nak
mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini
pengampu-pengampu semua dipecat dari
sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini
beta lantik menjadi penasihat diraja."
iktibar...
err... cerita ni macam familiar jer, ader pernah berlaku kat Malaysia kita
yang tercinta ke?
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Perisik Persendirian" <[EMAIL PROTECTED]>