*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.r.t

Suatu kisah untuk di kongsi bersama...semoga
bermanafaat.                                          
           
                                       
Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang
peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50
dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik.
Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak
yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu
25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi
sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan
Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.
  

 Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah
berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta.Orang
itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan
untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan
kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia
tidak berwang. Dia berjanji aka membayar harga unta
itu dalam masa beberapa hari.   

                Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali
berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta
itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga
asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang
itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun
menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.   

                Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw
berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah
kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?"
Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi
menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang
membelinya ialah Mikail.   
                                         

                MORAL & IKTIBAR   
                  
Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda
jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.  

Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan
satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam
kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa
kita berada dalam kesusahan.  

Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita
untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih
banyak.  
                 

wassalam                                              
                
  






                                                      
        
  

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke