*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pesanan ringkas dari Dato Seri Anwar Ibrahim kepada para pengundi
Kini telah di rakam dalam bentuk real audio
Sila dapatkan rakaman tersebut dari Laman REFORMASI.
Pesanan ringkas dari Dato Seri Anwar Ibrahim ini telah di siarkan di laman PEMANTAU
ini pada 21 Nov yg lepas.
Sama-samalah kita menghayati pesanan bakal Perdana Menteri kita ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sampai saat dan ketika ini yang mendesak untuk kita mengambil tindakan dan membuat
keputusan yang bijaksana supaya masa
depan kita, masa depan anak-anak kita terjamin. Saya menyeru, merayu, menuntut
kebijaksanaan rakan-rakan untuk memilih
calon-calon Barisan Alternatif : PAS, KeADILan, DAP, PRM dan menumpaskan calon BN.
Insya-Allah kita akan berusaha untuk memastikan keadilan ditegakkan, pengagihan dan
pembahagian ekonomi yang lebih adil,
penghayatan Islam lebih terjamin serta toleransi dan kesederhanaan dalam hubungan
antara kaum dan agama. Banyak yang
akan diketengahkan, fitnah yang akan dihebahkan, muslihat, kerana Dato� Seri Dr.
Mahathir dan kepimpinan BN mempunyai
banyak wang. Wang yang dikumpulkan dari perjudian, dari kegiatan salah guna kuasa,
sebahagian daripadanya telah saya
kemukakan tanpa sebarang tindakan; tetapi Insya-Allah semangat yang kental dan
pendirian yang jelas akan dapat mematahkan
sebarang muslihat mereka.
Saya berdoa mudah-mudahan sokongan daripada saudara saudari sekalian padu dan bulat,
justeru tidak mudah diperdaya
dengan tipu muslihat mereka. Pastikan kemenangan calon-calon Barisan Alternatif di
peringkat Dewan Undangan Negeri dan
Parlimen.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Anwar Ibrahim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]