*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,
Masih ingatkah lagi bala yang ditimpa kepada sebahagian rakyat Malaysia
pada tahun ini. Hanya kerana nyamuk yang membawa virus, lebih 100 mati
kerana virus babi.
Pada awal tahun 99, kita hanya mendengar khabar angin bahawa menteri
besar N9 iaitu isa abdul samat mempunyai syer dalam penternakan babi di
N9. Tiba-tiba negara kita dikejutkan dengan tragedi virus JE & Nipah
yang berpunca dari babi. Pada masa ini barulah terbongkar bahawa
Malaysia adalah pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara dan yang ke 3
(?) di dunia. Kenapa sampai begitu banyak babi di negara kita. Bukankah
majoriti penduduk di negara kita berugama Islam dan berbangsa Melayu.
Bukankah negara kita ini sebuah negara Islam. Kenapakah Malaysia menjadi
pengeksport babi dunia.
Kita (umat Islam) tidak kisah jika babi yang diternak adalah untuk
memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang lain. Tetapi maruah kita
tercabar dan dihina sehina-hinanya bila sebahagian pendapatan negara
adalah dari hasil eksport babi dan pendapatan N9 adalah bersumberkan
hasil babi. Menteri pengusaha babi boleh mengeluarkan kenyataan dengan
selamba sahaja kepada rakyat N9 bahawa anak-anak N9 masuk 'U' dengan
duit babi, mak bapak dapat subsidi dengan duit babi. Begitulah balasan
seorang menteri yang dipuja-puja oleh rakyat N9, akhirnya maruah mereka
dipijak-pijak oleh menteri babi itu. Ingat ini juga balasan Allah s.w.t
kepada rakyat N9 yang begitu setia kepada pimpinan UMNO, walaupun amat
jelas pemimpin-pemimpin UMNO menolak Islam secara terbuka.
Sebenarnya bukan menteri babi sahaja yang mempunyai syer dalam industi
penternakan babi, bahkan kerajaan Malaysia pada masa itu juga mempunyai
syer dalam industri ini. Jika kerajaan Malaysia mempunyai syer dalam
industri babi, maka seluruh rakyat Malaysia yang menyokong atau yang
memenangkan atau yang mencalonkan kerajaan pada masa itu mempunyai syer
dalam industri babi. Bertaubatlah pendokong-pendokong UMNO yang masih
menganggap bahawa Islam sebagai satu pegangan hidup. Anda bertanggung
jawab terhadap umat Islam di negara ini terutama mereka yang tidak dapat
mengundi dan anda juga bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia
seluruhnya.
Kerajaan UMNO tidak bertanggung jawab kepada umat Islam, bahkan mereka
menjadi musuh umat Islam dalam selimut. Mereka tidak menjadi pembela
kita, mereka menghina Rasullullah, mereka menghina Al-Quran, mereka
menghina ulama (yang menjadi pewaris nabi), mereka menghina hukum Allah
s.w.t, mereka bersahabat dengan musuh kita - Yahudi, mereka menghina
kita sesuka hati, mereka membiarkan gejala murtad berleluasa, mereka
membiarkan maksiat bermaharaja lela, mereka menghiaskan Malaysia dengan
pembaziran, mereka mengenakan bebanan sara hidup yang tinggi, mereka
membataskan pengajian ugama Islam, mereka membiarkan perosak ugama
bermaharaja lela (GAH), mereka berbohong di sana sini, mereka menzalimi
rakyat jelata dan teramat berat kesalahan mereka kepada umat Islam.
Kita semua akan diperhitungkan di akhirat mengenai apa yang kita lakukan
di atas muka bumi ini. Ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak menjadi
penolong kepada orang-orang yang zalim.
Kepada penentang kezaliman dan mereka yang mahu mengembalikan hak umat
Islam di atas muka bumi Malaysia yang berpeluang mengundi dalam pilihan
raya kali ini, pilihlah mereka yang mahu menegakkan Islam dan menentang
kezaliman. Janganlah anda memenangkan pemimpin tua yang zalim.
Berbalik kepada isu babi. Jika hendak dibandingkan antara babi dan
lembu. Negara kita mengimport berjuta-juta RM produk tenusu dan daging
lembu setiap tahun. Adakah jumlah import ini melebihi hasil eksport babi
? Lembu diternak untuk mendapatkan susu, daging, kulit, dan beberapa
bahan lain seperti lemak, geletin dsb. Produk lembu boleh makan dan
digunakan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia tidak kira Islam atau
bukan Islam. Manakala penggunaan babi amat terbatas dari segi produk dan
penggunanya. Jika kerajaan UMNO berminat sangat dalam industri babi,
kenapa tidak dihidangkan babi dalam dalam mesyuarat perwakilan UMNO yang
diadakan setiap tahun. Kalau arak, ramai pemuda UMNO boleh tunggang,
kenapa mereka tak boleh telan babi. Apa masalahnya ? Elok kita cabar
pondan UMNO makan babi pula, pasal dia ni juara tunggang arak.
Wassalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>