|
NIK AZIZ KATA UMNO TAK
MAMPU CAPAI MATLAMAT INSAN CEMERLANG
|
| |
|
KOTA BAHARU, 27 Nov (Bernama ) -- Mursyidul Am
Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno tidak akan mampu mencapai
matlamat untuk mewujudkan insan cemerlang di negeri ini seperti yang
dinyatakan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan.
Katanya sebagai sebuah parti berfahaman kebangsaan, Umno yang
diasaskan kepada pemikiran manusia tidak mampu berbuat demikian kecuali ia
menerima sepenuhnya Al-Quran dan hadis sebagai sumber perjuangannya.
"Mustahil bagi Umno nak buat insan cemerlang... kerana tak ada
cara nak cemerlangkan orang kecuali melalui Islam." katanya ketika
berceramah di sini.
BN Kelantan melancarkan manifesto pilihan raya
yang bertema "Insan Cemerlang, Negara Gemilang" dua hari lepas sebagai
tambahan kepada manifesto BN peringkat kebangsaan.
Nik Aziz juga
berkata Umno hanya berjuang untuk kepentingan keduniaan, berbeza dengan
perjuangan PAS yang menjalankan usaha untuk meningkatkan syiar Islam
melalui pemerintahannya.
"Umno tidak setanding dengan perjuangan
PAS membawa Islam. Sepatutnya kita tak bertanding dah (pada pilihan raya
ini). Setiap orang Islam wajib sokong Islam, nak bertanding apa pula,"
katanya.
Menurutnya Umno melalui kerjasama media massa terus
memfitnah setiap rancangan pembangunan Islam yang dibuat PAS di Kelantan
seperti program "Bulan Sembanyang" dan sistem pajak gadai Islam yang
menghapuskan riba.
|
|
blue.gif