Agak2 berita macam ni boleh bagi polical mileage kat BN tak???

Rakyat kelantan makin cerdik, takkan nak pilih SIBODOH UMNO lagi!!!

UMNO is BODOH

and so the UMNO'S LEADERS

BERITA MALAYSIA


November 26 , 1999 16:05PM

 

PENUBUHAN NEGARA ISLAM TIADA DALAM PERLEMBAGAAN PAS

 

KOTA BAHARU, 26 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata matlamat penubuhan sebuah negara Islam sebenarnya tidak ada dalam perlembagaan PAS.

Beliau berkata yang disebut dalam perlembagaan parti itu hanya mewujudkan masyarakat Islam.

"Tuan-tuan baca perlembagaan PAS, tuan-tuan tidak akan berjumpa satu pun perkataan yang menyebut perkataan negara Islam. Apa yang kami sebut ialah masyarakat Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Bangunan PAS Kelantan di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan DAP bahawa ia akan menentang matlamat perjuangan PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam di negara ini.

Beliau berkata perkataan mengenai penubuhan negara Islam itu telah diubah selepas zaman Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda kerana perkataan negara Islam boleh menimbulkan rasa takut sesetengah orang kerana gambaran buruk Barat.

"Tak ada pasal-pasal kita menggunakan perkataan yang menyusahkan orang, baik kita ubah perkataan negara Islam kepada masyarakat Islam," katanya.

Ditanya pemberita bahawa sebelum ini PAS melaung-laungkan penubuhan negara Islam, Nik Aziz berkata itu hanya percakapan sahaja yang boleh jadi terbawa-bawa dengan perlembagaan di zaman Asri.

Beliau berkata cukuplah untuk memperjuangkan masyarakat Islam sebagaimana yang dilakukan di Kelantan, tidak ada perkara yang menyusah atau menakutkan orang bukan Islam.

"Tengok dengan mata sendiri apa yang kami buat, berapa orang Cina kami bunuh, berapa lesen dirampas dari orang Cina, berapa buah kedai orang Cina ditutup...tak ada pun," katanya.

Beliau berkata PAS bersedia berdialog dengan semua pihak yang tidak boleh menerima masyarakat Islam, untuk mengetahui sesuatu yang tidak kena.

"Islam ialah agama yang memberi peluang kepada manusia bersoal jawab, menandakan dia (Islam) yakin bahawa dia betul," katanya.

Nik Aziz berkata adalah tidak betul untuk mengatakan bahawa DAP tidak boleh menerima penubuhan negara Islam.

"Nak kata DAP tak boleh terima negara Islam, macam mana. DAP boleh terima manifesto Barisan Alternatif, dalam manifesto itu ada tiga tempat menunjukkan mereka setuju diberi peluang kepada Islam sebagai addin," katanya.

Ditanya mengenai manifesto BN, Nik Aziz berkata apa sahaja yang dibuat oleh UMNO dan BN tidak boleh diterima selagi mereka tidak mahu menerima Al-Quran dan Hadis sebagai dasar.

"Sebab itulah saya sebut kepada BN dan UMNO khasnya, tolong terima Al-Quran dan Hadis sebagai dasar, selesai masalah.

"Kalau selepas terima Quran dan Hadis, kalau ada salah silap, kita pakat baiki, kita pakat perbetulkan, kita hidup bersaudara, tidak pasal kita bertengkar sesama sendiri," katanya. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke