DUGONG KURUS ini berani kata saja. Dah kamu menteri wang tunjuklah DOKUMEN bukti....

betULLah pembohong UMNO BN ni......

UMNO and BN is DEAD

and SO MAHADEAD

 

BERITA MALAYSIA


November 26 , 1999 19:56PM

 

ANWAR YANG LULUS LESEN JUDI DI SABAH, KATA DAIM

 

SUNGAI PETANI, 26 Nov (Bernama) -- Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini berkata bukan beliau tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah meluluskan lesen perjudian di Sabah pada 1996.

"Saya terpaksa mengklasifikasikan semula fail di Kementerian Kewangan untuk membuktikan tuduhan itu tidak berasas. Sebaliknya ia telah diluluskan oleh bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya hari ini sebagai menjawab dakwaan pembangkang kononnya beliau bertanggungjawab meluluskan lesen perjudian itu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah masjid baru di Taman Bandar Baru Sungai Lalang di sini, Daim berkata fail itu membuktikan Anwar meluluskan lesen judi kepada kedai-kedai mesin slot, Sandakan Turf Club dan Diriwan Corporation.

Beliau berkata mengikut fail itu, keputusan meluluskan lesen perjudian itu dibuat dalam perbincangan di pejabat Anwar pada 13 Mei 1996 dan disahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Mohamed Ahmad, keesokan harinya.

Daim berkata pendedahannya itu terpaksa dibuat setelah melihat kartun yang disiarkan oleh akhbar rasmi PAS, Harakah, tidak lama dulu dan juga untuk menyedarkan rakyat berkenaan pembohongan yang dilakukan oleh Anwar.

"Untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa semua tuduhan itu palsu, saya mengklasifikan semula fail itu," katanya, sambil memberikan salinan dokumen berkenaan kepada media.

Daim berkata, dokumen itu membuktikan ketika lesen perjudian itu diluluskan, beliau bukan Menteri Kewangan seperti didakwa oleh pembangkang.

"Tidak usah fitnah dan bohong, tak elok. Bukti semua ada. Saya tidak berminat mengambil tindakan terhadap Harakah. Buang masa sahaja," katanya.

Mengikut dokumen itu, Anwar bersetuju lesen untuk Diriwan Corporation dikeluarkan dengan syarat bilangan cawangan jualan nombor ramalan dikurangkan daripada 100 kepada 60.

Untuk Sandakan Turf Club pula, bilangan cawangan pula dikurangkan daripada 60 kepada 50 manakala bagi mesin slot pula, kelab-kelab di Sabah hanya dibenarkan mempunyai bilangan maksimum lima mesin sahaja.

Daim berkata jika ada lagi tuduhan melampau dan palsu terhadapnya, beliau akan menolaknya dengan kenyataan dan disertai bukti.

Katanya beliau tidak pernah meluluskan sebarang lesen perjudian kepada mana-mana negeri, malahan menutup loteri Kebajikan Masyarakat ketika menjadi Menteri Kewangan kali pertama dulu. -- BERNAMA

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke