Ini Jaminan Orang Islam. Tapi Umno awal-awal lagi tolak kerjasama dengan PAS di Kelantan dan Trengganu.Abdul Hadi jamin tiada pilih kasihKUALA TERENGGANU, Rabu - Menteri Besar, Abdul Hadi Awang memberi jaminan kerajaan Pas yang baru dibentuknya di negeri ini, tidak akan melakukan diskriminasi terhadap mereka yang menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, Pas menganggap semua penduduk di negeri ini sebagai rakyat dan mempunyai matlamat untuk menghapuskan diskriminasi, iri hati dan amalan tidak adil. Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Terengganu itu berkata, kerajaan Pas akan memberikan keutamaan kepada mereka yang didakwanya sebelum ini ditindas atau mendapat layanan tidak adil, terutama kakitangan kerajaan yang menyokong Pas ketika pemerintahan BN. Bercakap kepada pemberita selepas menyertai raptai majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru di Istana Maziah, di sini, hari ini, beliau yakin kemenangan Pas merampas tampuk pemerintahan negeri ini adalah dengan pertolongan Allah. Majlis angkat sumpah akan diadakan esok. Selain itu, katanya, rakyat juga sudah sedar perlunya mereka kepada pemerintahan yang baru. Mengulas mengenai pelantikannya sebagai Menteri Besar, Abdul Hadi berkata, ia adalah tugas yang berat perlu dilaksanakannya. "Saya tidak meminta jawatan Menteri Besar tetapi perlu menghormati hasrat rakyat yang memberikan mandat itu," katanya. Beliau juga menegaskan kerajaan negeri akan mengharamkan premis perjudian, kecuali yang diuruskan bukan Islam dan pusat hiburan yang melanggar ajaran Islam. Menurutnya, kerajaan negeri akan memberikan keutamaan untuk menghapuskan kemiskinan dan membantu orang miskin. Mengenai tindakan ke atas orang Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama seperti tidak bersolat Jumaat, beliau berkata, ia terpulang kepada pemahaman individu terbabit mengenai agama. |
