|
Sekarang 2 org gerakan sudah lari, tinggal 5 saja wakil
gerakan dalam DUN penang. Mengapa UMNO begitu DAYUS untuk mengambil
Jawatan Ketua Menteri???
Jawab UMNO jawab....
GERAKAN
MAHU DR KOH KEKAL SEBAGAI KETUA MENTERI |
| |
|
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Gerakan akan
mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang
Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon dikekalkan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik berkata,
Koh telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sejak memegang jawatan
itu pada 1990 dan diterima oleh penduduk negeri itu.
"Tetapi kita
akan biarkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan muktamad,"
kata beliau dalam persidangan berita di ibu pejabat Gerakan di sini, hari
ini.
Lim berkata beliau yakin yang negeri itu akan terus maju di
bawah kepimpinan Koh, yang berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Tanjong Bungah dalam pilihan raya umum pada Isnin lepas.
Koh yang turut hadir di persidangan berita itu berkata, beliau
akan menunggu pengumuman Perdana Menteri sebelum membuat sebarang ulasan.
"Adalah tidak wajar bagi saya untuk berkata apa-apa sekarang.
Tunggulah sebentar," kata Koh yang berusia 50 tahun.
Lim berkata,
beliau juga akan membincangkan barisan exco daripada parti itu di Pulau
Pinang setelah Dr Mahathir meluluskan pemilihan Koh.
Lim berkata,
beliau akan mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri dan beberapa
Menteri Besar akan penyertaan parti itu dalam kerajaan-kerajaan negeri.
"Tetapi kita tidak akan kenakan sebarang tekanan dan yakin
semangat Barisan Nasional akan mengatasi segala-galanya," kata beliau.
Gerakan memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 22 kerusi DUN dalam
pilihan raya.
Parti itu membuat kejutan apabila ia menewaskan
Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Bukit Bendera dan
kerusi negeri Kebun Bunga di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
|
|