Sederhana Umno ialah tidak mahu melaksanakan ISLAMUmno tetap pilih jalan sederhana
Abdullah: Fahaman Islam berbentuk radikal tiada tempat di MalaysiaPENDEKATAN TIDAK BERUBAH
"Pendekatan kepada agama akan tetap sama. Ia tidak akan menimbulkan kekacauan atau kebimbangan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Kami berfahaman sederhana.
Fahaman agama yang melampau, walaupun ia daripada orang Islam sendiri, akan kami tentang."
TEPAT JIKA GEMBIRA
"Kami mempunyai mandat yang kuat, justeru memang bertepatan jika kita berasa gembira." - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau berkata pendekatan parti kepada agama adalah sederhana agar ia sesuai bagi rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. "Pendekatan kepada agama akan tetap sama. Ia tidak akan menimbulkan kekacauan atau kebimbangan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Kami berfahaman sederhana. "Fahaman agama yang melampau, walaupun ia daripada orang Islam sendiri, akan kami tentang," kata Datuk Seri Abdullah, yang datuknya adalah seorang ulama terkenal. Sewaktu temuramah dengan akhbar The Straits Times 12 jam selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 148 daripada 193 kerusi parlimen dalam pilihan raya Isnin lalu, beliau berkata kerajaan gembira dengan majoriti dua pertiga, atau sekitar 56 peratus mata undi popular. "Kami mempunyai mandat yang kuat, justeru memang bertepatan jika kita berasa gembira," kata Datuk Seri Abdullah yang kelihatan relaks berpakaian kemeja-T dan berseluar panjang berwarna coklat. Pada keseluruhannya, kata beliau, mesej daripada pengundi ialah mereka masih mahu BN, tetapi dengan sedikit penyesuaian. Satu isu utama bagi perikatan BN ialah imej mereka, ketrampilan dan rekod calon-calon yang ingin mereka ketengahkan pada masa depan, tambahnya. Timbalan Perdana Menteri itu tidak memberi sebarang contoh tetapi sumber-sumber berkata pilihan yang tidak popular menyebabkan beberapa pemimpin seperti Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Mokhtar Ahmad, dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, ditewaskan. Keputusan pilihan raya juga menunjukkan perikatan parti-parti pembangkang, Barisan Alternatif, berjaya menggandakan jumlah kerusi mereka kepada 45. PAS muncul sebagai pemenang terbesar, dengan kemenangan tiga kali ganda. Mereka memenangi 27 kerusi parlimen -- bertambah daripada lapan kerusi -- dan berjaya menawan 41 daripada 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, dan juga 28 daripada 32 DUN di Terengganu. Mereka juga memenangi beberapa kerusi di Perlis, Kedah, dan juga Pahang. Hakisan sokongan kepada Umno di beberapa negeri menunjukkan parti-parti Melayu perlu menyesuaikan diri dengan pengaruh agama dan politik yang semakin popular. Ini boleh menyebabkan beberapa isu Islam mendapat lebih banyak perhatian dalam arena politik tempatan. Para pengamat bimbang Umno perlu mengubah imejnya supaya mereka dapat bersaing dengan PAS, langkah yang boleh memberi kesan kepada penduduk-penduduk bukan Islam dan negara berjiran. Namun, Datuk Seri Abdullah berkata mereka akan memberi reaksi terhadap tuntutan tersebut, tetapi menegaskan mereka tidak akan mengikuti langkah PAS. |
