Sibotak ini pernah mendabik dada yg BN akan menyapu bersih negeri Kedah termasuklah Bukit Raya dan Sala. Sekarang sibotak ini memang tidak terkejut tetapi sibotak ini sudah pengsan berkali-kali.Kejayaan PAS tidak mengejutkan"Propaganda yang dijalankan oleh PAS selama ini berjaya mempengaruhi rakyat negeri ini untuk memilih calon-calon parti tersebut. Selain itu, isu Anwar dan kegawatan ekonomi menjadi faktor tambahan kemenangan parti tersebut." - Datuk Sanusi Junid.
KUALA LUMPUR -- Kemenangan agak besar PAS dengan keupayaannya merampas satu pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan lebih separuh kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum adalah di luar jangkaan tetapi tidak memeranjatkan. Banyak faktor yang menjuruskan kepada kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN). Tetapi dua faktor utama ialah 'trend' pengundi keseluruhan dan corak pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid yang tidak diterima oleh rakyat. Angin perubahan yang melanda Kelantan dan Terengganu bertiup agak kencang ke utara dan berjaya mempengaruhi sebilangan rakyat negeri ini untuk mengubah haluan, ditambah dengan faktor-faktor lain seperti isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pemangkin kepada perubahan tersebut. PAS yang sejak tiga tahun lalu memasang impian untuk menguasai negeri ini selain Kelantan, Terengganu dan Perlis, mengambil kesempatan dari isu semasa yang memihak pada pembangkang untuk menghentam habis-habisan Umno dan BN. Hasilnya, mereka berjaya merampas lapan kerusi Parlimen termasuk menumbangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Hamid Othman di Sik dan Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Abdul, di Pendang. Umno juga kehilangan panglima perangnya, Datuk Badruddin Amiruldin, yang sering mempertahankan kerajaan di Parlimen dengan suara lantangnya, apabila beliau tewas dengan majoriti kecil di Yan. Daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Raya dan Sala yang dipertahankan dalam pilihan raya umum, PAS berjaya menambah lagi 10 kerusi lagi untuk menyaringkan lagi suara mereka di Dewan Undangan Negeri. Walaupun pertambahan kerusi tersebut memang diramalkan ekoran daripada faktor-faktor semasa, pemerhati berpendapat keputusan pilihan raya adalah di luar jangkaan kerana bukan sahaja kawasan 'gelap' jatuh ke tangan PAS, malah kawasan yang agak 'cerah' turut tersungkur. Bagaimanapun, ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana PAS telah bekerja keras tidak mengenal penat sejak tiga tahun lalu apabila Datuk Sanusi Junid mengambil alih pentadbiran daripada Tan Sri Othman Aroff. Dalam masa yang sama pula, pemimpin Umno negeri begitu sibuk dengan menghabiskan masa mereka menyelesaikan masalah dalam yang berpunca daripada usaha meminggirkan dan menjatuhkan lawan dalam parti. "Propaganda yang dijalankan oleh PAS selama ini berjaya mempengaruhi rakyat negeri ini untuk memilih calon-calon parti tersebut. "Selain itu, isu Anwar dan kegawatan ekonomi menjadi faktor tambahan kemenangan parti tersebut," kata Datuk Sanusi ketika mengulas keputusan pilihan raya. PAS juga bijak membuat percaturan dalam meletakkan calon-calon mereka bertanding di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimenangi dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang majoriti undi kurang daripada 2,000 pada pilihan raya tahun 1995. -- Bernama. |
