*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
takkan ..kitab-kitab tafsir......atau pun ALQURAN tak sampai kat Johor
kut.......aikkk..negeri Johor ni negeri yang tak sampai seru ka????.....:-)
----- Original Message -----
From: Ainon Mahat <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, December 03, 1999 8:40 AM
Subject: RE: H-Net* UMNO Parti Melayu Johor
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
sekadar pendapat.... janganlah disalahkan 100% rakyat JOHOR di atas
ketidakmampuan kita menembusi kubu di sana. Kita perlu muhasabah diri.
Bagaimana persediaan yang dilakukan di pihak kita? Cukupkah penerangan yang
dilakukan lama sebelum pilihanraya? Berapa luaskah 'coverage' yang berjaya
dilakukan? Sudah diredahkah segala pelusuk Johor untuk memberikan penerangan
dan kesedaran yang mencukupi untuk rakyat membuat pilihan? Apakah cukup
sekadar bergantung kepada internet yang kita tahu rata-rata masyarakat
terutamanya di kampung2 tidak pernah lihat, apatah lagi berpeluang
menggunakannya?
Untuk pengetahuan semua, di Johor boleh dikatakan 'mustahil' untuk
mendapatkan akhbar HARAKAH, suara PAS. Di kawasan selatan (i.e. Johor Bahru,
etc) saya tak berapa pasti tapi di kawasan Segamat (tanah kelahiran saya)
memang TIADA LANGSUNG penyebaran HARAKAH. Majlis penerangan juga hanya
dilakukan di saat-saat akhir. Adakah persiapan ini sudah mencukupi
berbanding dengan usaha 5 tahun bersungguh-sungguh PAS untuk menawan
Terengganu? Sedangkan kita tahu pihak UMNO sudah lama berakar umbi di Johor,
cukupkah sekadar persediaan 2/3 bulan sebelum pilihanraya untuk menyebarkan
segala maklumat yang MUSTAHIL akan sampai kepada rakyat Johor melalui
saluran media biasa - akhbar harian, TV, etc ?????? BERSALAHKAH RAKYAT
JOHOR?
Kalau dilihat daripada jumlah undi, bukankah telah ada pertambahan jumlah
yang menyokong PAS di sana? Nah, itulah hasil yang kita dapat daripada usaha
yang tidak seberapa itu.... Janganlah dikesalkan apa yang telah berlaku!
Jadikan ini sebagai titik permulaan untuk PAS berusaha MULAI SEKARANG!
Jangan disia-siakan tempoh 5 tahun ini sebelum pilihanraya baru muncul
kembali! Gerakkan dan susunlah strategi sebaik-baiknya untuk menambat hati
rakyat JOHOR...
PAS harus berusaha dari sekarang. Pengalaman saya sendiri untuk menyedarkan
keluarga di Johor menyedarkan saya bahawa usaha yang sedikit tidak akan
membawa hasil yang diharapkan. Tapi sekurang-kurangnya saya berjaya
mempengaruhi lebih dari 12 orang pengundi untuk memangkah PAS!
Tapi itu semua ahli keluarga saya...:-) . Setiap kali pulang ke kampung, tak
lupa bawa balik HARAKAH.. sumbangan yang sedikit, tapi alhamdulillah
berhasil juga pada keluarga saya.
Pada pandangan saya, rakyat Johor bukan menolak PAS, tetapi masaalah utama
adalah PENYEBARAN MAKLUMAT. Maklumat tak sampai, camno org nak sokong
kita??? Nak harapkan BN & media-medianya tolong promote melalui TV & akhbar2
mereka KAH? Oleh itu, saya minta jasa baik PAS untuk memberikan tumpuan dan
berusaha dari sekarang jika benar-benar ingin membantu rakyat JOHOR...
Kasihanilah mereka...
Salam Hormat
- AM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ainon Mahat <[EMAIL PROTECTED]>

Pengirim: "mad" <[EMAIL PROTECTED]>