*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

    Dengan kemenangan cemerlang UMNO Johor, ia memberikan saya satu
kefahaman bahwa UMNO sebenarnya adalah sebuah Parti Melayu Johor.  Ini
kerana di Johor, parti itu TIDAK DAPAT DIKALAHKAN.

    Malahan di negeri2 lain, orang Johor walaupun sudah mendapat
maklumat yang lengkap dan terkini berkenaan dengan kezaliman UMNO masih
menyokong UMNO.

    Saya merasakan bahawa UMNO ini adalah sebuah parti yang membawa
HAGEMONI UMNO JOHOR, dan parti ini adalah cara pemimpin2 Melayu Johor
menundukkan orang2 Melayu di negeri lain untuk mengikuti fahaman dan
ideologi Melayu Johor.

    Menyebut tentang UMNO yang lahir di Istana Sultan Johor, cuba kita
ingat kembali sejarah bahawa Sultan Johor adalah satu2nya Sultan yang
diberi pengiktirafan oleh BRITISH di atas jasa beliau yang kita sendiri
pun tak tahu apa dia jasa beliau tersebut.

    Saya risau walaupun telah jelas kezaliman sekalipun, orang melayu
Johor tetap menerima UMNO. Ertinya mereka menyamakan diri mereka dengan
kaum Nabi Nuh dan kaum nabi2 yang engkar kepada ajaran Nabi mereka dan
tetap di atas kezaliman mereka.
Saya takut sekarang ini tiada sebab Allah SWT hendak menurunkan bala ke
atas orang Johor.

    Saya juga menyedari bahwa sememangnya orang2 Johor rata2nya  PHOBIA
dengan parti Islam dalam apa2 bentuk sekalipun.  Islam yang mereka
biasanya boleh terima hanyalah membaca Yaasin malam Jumaat, berzanji,
berghasidah dsbnya.

    Islam dalam bentuk kuliah tafseer, hadeeth TIDAK POPULAR di kalangan
mereka.  Tidak seperti di negeri2 lain, kuliah2 ilmu ini amat disambut
baik oleh masyarakat.  Malahan di Terengganu, antara sebab PAS menang
adalah kerana luasnya kelas2 pengajian untuk kaum wanita dan kaum ibu.

Sila betulkan saya kalau saya salah.

Wallahualam bissawab.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke