|
Saudara Pengarang, Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya baru lalu adalah tidak sah disebabkan beberapa faktor, iaitu; 1. Calon-calon parti komponen Barisan Nasional yang bertanding, tidak bertanding atas tiket parti mereka masing-masing, tetapi bertanding atas nama BN dengan lambang dacing. Pada kertas undi, tiada satu pun tanda Umno, MCA, MIC atau lain-lain parti komponen. Oleh yang demikian, calon yang bertanding atas nama BN secara automatis tertolak kelayakannya untuk bertanding dan kemenangannya mestilah dibatalkan oleh SPR. Ahli satu parti (misalnya Umno) tidak boleh mewakili parti lain. 2. Barisan Nasional ialah nama yang diberi kepada barisan parti yang membentuk kerajaan, BUKANNYA parti politik. Pertandingan dalam pilihan raya ialah antara parti-parti politik atau calon bebas. Kerajaan BN dibentuk selepas kemenangan dalam pilihan raya. KERAJAAN TIDAK BERTANDING dalam pilihan raya. 3. Di beberapa kawasan mengundi, kemenangan mestilah disemak bagi dibatalkan kerana senarai baru tidak diwartakan, tetapi ramai pengundi baru yang mengundi. Oleh sebab itu, adalah salah untuk menggunakan senarai baru tanpa ia diwartakan dan dimaklumkan terlebih dahulu. Profesor Kakitangan Kerajaan, |
