BA Perlu Diteruskan
 
Parti KeAdilan perlu diberikan kerjasama agar terus hidup dan tidak berkubur seperti s46. Parti ini boleh digunakan sebagai saluran bagi Pas untuk menerangkan konsep negara islam. Oleh itu ia memerlukan bantuan dari Pas.(pernyataan ini perlu dirahsiakan kpd bukan Islam)
 
Saya merupakan seorang yang masih muda dalam politik dan belum lagi layak mengundi. Tetapi saya merasakan bahawa Parti Keadilan ini ada potensinya untuk berganding terus dengan Pas dalam usaha menawan Malaysia. Parti Prm saya rasa harus dibubarkan dan bersatu dengan Keadilan. Ini untuk mengukuhkan tenaga parti, kewibawaan dan supaya nampak lebih mantap.
 
Keadilan, mempunyai ahli pelbagai kaum yang dikenali ramai dan berkualiti. cuma tidak menang. Mufti Syeikh Azmi, Chandra Muzaffar, Tien Chua DLL. Label BA adalah penting untuk diiklankan dan digunakan selepas pilihanraya ini. Untuk itu saya mencadangkan:
 
1. Negeri dibawah pemerintahan Pas (kelantan dan Terengganu)serta kawasan Dun yang ditawan dilabalkan sebagai kawasan pentadbiran BA.
 
2. Laman web, Pusat markaz dan akhbar rasmi disatukan dalam satu yang boleh dikongsi bersama dan ada label nama BA.
 
3. Kawasan Dun dan Parlimen Yang telah ditawan perlulah ditunjukkan kelebihannya berbanding BN. Khidmat pihak yang lebih berpengalaman amat perlu kerana sesetengah calon saya fikir ada yang kurang sedikit.
 
4. Kegiatan ekonomi adalah perlu bagi rakyat, BA perlu menyedari tentang ini. Sebagai parti yang ada pengaruhnya saya fikir, BA yang terdiri dari golongan cerdik dan profesional perlu bertindak bijak mengenainya. Banyak langkah boleh dilakukan antaranya, menyatukan pekedai runcit, restoran-restoran kecil, dan insitusi perniagaan yang profesional ( klinik, firma guaman,sekolah swasta) dibawah label-label tertentu (yg tidak disyaki) seolah-olah sebuah syarikat atau koperasi perniagaan. Naungan BA dalam hal ini boleh dijadikan bukti 5 tahun lagi.
 
5. Khabarnya Marina Yusof ada bangunan. Mungkin satu hari, ia menjadi pusat gerakan aktiviti ekonomi, keadilan dan politik bagi BA.
 
6. Dalam tempoh 2 tahun sebelum pilihanraya 11, pihak BA perlu mengadakan mini parlimen bagi jajahan BA. Parlimen olok- olok ini perlu dan masa ini shadow kabinet mungkin boleh dilancar. Anwar Ibrahim mungkin terbebas ,pengampunan agong. Ahli Dap boleh menyuarakan kegusaran mereka. &. keluarga ahli Keadilan/pas yang dibunuh di Bota Perlu dibela dan dibantu.
 
Nota-Ini adalah pandangan daripada pembaca yang tidak semestinya melambangkan pandangan kami
 
                           Comment? [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke