Surat Untuk Abdul Hadi Awang
 
                         Tuan Guru ,
 
                         Saya mengucapkan tahniah kerana PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu. Namun
                         ,saya berharap dalam usaha tuan menjalankan pemerintahan yang berlandaskan Islam ,tuan akan
                         melayani orang-orang bukan islam (yang walaupun minoriti_) dengan baik.
 
                         Saya berharap tuan tidak akan "mengapa-apakan" mereka seperti mengislamkan orang-2 bukan
                         Islam, mengenakan undang-2 Islam ke atas yang bukan Islam,.......dan sebagainya.Saya berharap
                         dalam mentadbir mereka yang bukan Islam ,tuan akan menggunakan perlembagaan persekutuan,
                         tetapi bukannya undang-2 Islam. Mungkin saya jahil dalam agama Islam dan tidak memahami
                         Islam.
 
                         Harapan saya cuma kepercayaan saya dihormati, kebebasan saya dijamin ,kebudayaan saya
                         dipelihara. Mahu tak mahu ,suka tak suka, hakikatnya ialah , orang-2 bukan Islam, khususnya
                         masyarakat Cina,amat "takut" pada PAS.
 
                         Ucapan PAS Kelantan dulu yang mahu hukuman "patah kaki / patah tangan" ke atas pencuri
                         heboh digemparkan di media Cina.; pengharaman judi,arak ,tempat hiburan yang dikatakan
                         menyekat kebebasan individu juga meninggalkan impression yang tidak baik.
 
                         Gaya dan cara pemerintahan PAS terlalu drastik dan agresif bagi mereka. Mengharamkan judi,
                         boleh. Tetapi mengharamkan arak, tidak boleh. Minum arak adalah budaya Cina.. Kuantiti arak
                         yang sederhana boleh menolong pengaliran darah dan menyihatkan badan.Cuma kuantiti yang
                         banyak saja yang memudaratkan.Semua orang mempunyai perspektif,prinsip dan pandangan
                         yang berlainan terhadap perkara yang sama.
 
                         Saya minum arak sekadar untuk meringankan tekanan hidup atau sebagai hiburan. saya tidak
                         melakukan sesuatu yang memudaratkan orang lain,kalau ada pun saya cuma memudaratkan diri
                         saya sahaja.Mengapa tidak boleh saya minum arak ? Soal arak adalah sesuatu yang
                         individual.Jika anda rasa ia berdosa ,maka jangan minum. Jika anda rasa ia tidak berdosa maka
                         minumlah.
 
                         Arak dengan sendirinya tidak berdosa, yang berdosa ialah mereka yang meminum arak (untuk
                         umat Islam ) dan mereka yang menyalahgunakan arak (untuk bukan Islam ) Mereka yang
                         benar-benar kuat pegangan adalah mereka yang boleh menahan diri daripada hasutan syaitan.
                         Arak di depan pun tidak akan minum. Dalam dunia yang fana ini, kita sentiasa menghadapi
                         pelbagai ujian.
 
                         Kita tidak boleh menguncikan diri dalam ruang yang sterillised.Walaupun selamat tetapi tidak
                         akan maju buat selama-lamanya. Orang yang dapat mengharungi ujian akan mencapai
                         kematangan dan kebahagian. Di kawasan-kawasan tertentu seperti Kerteh, Paka ,Cukai,yang
                         mana pelabur asingnya ramai,(mat salleh, Jepun, dan Korea ),arak adalah sebahagian daripada
                         kehidupan mereka.Restoran-restoran Cina,Karaoke dan Pub amat bergantung kepada
                         pelanggan-pelanggan asing ini .Tempat-tempat ini jugalah tumpuan hiburan mereka. Saya
                         berharap tuan mempertimbangkan rezeki mereka. Walaupun rezeki ini tidak halal bagi umat
                         Islam, tetapi ia halal bagi bukan-Islam.
 
                         Dan kini,bagaimana caranya PAS memerintah Terengganu ,khususnya bagaimana PAS melayani
                         orang-orang Cina, menjadi tumpuan masyarakat Cina di seluruh Malaysia.Adakah hak asasi ,
                         kebebasan dan kepentingan kumpulan minoriti ini dipelihara ,atau seperti yang diperkatakan oleh
                         BN ,kumpulan ini diislamkan dan PAS menubuhkan negeri Islam.?Adakah PAS akan mengambil
                         kisah tentang perasaan dan kepentingan mereka seperti sekolah-sekolah Cina,budaya Cina,dan
                         sebagainya ? Wujud terlalu banyak salah faham di antara masyarakat Cina dengan PAS .
 
                         Faktor utama kekalahan teruk DAP adalah kerana pergabungannya dengan PAS. Orang Cina
                         menerima Islam, (boleh bertoleransi dengan kawan Islam) tetapi tidak boleh menerima dirinya
                         diislamkan,hilang identiti ,hilang budaya ....,bukan lagi Cina yang tulen. Isu inilah yang
                         dimain-mainkan oleh BN.BN menghebohkan isu "PAS beria-ria menubuhkan negara Islam" di
                         kalangan masyarakat Cina ;tetapi di hadapan Melayu pula mereka mengatakan bahawa "Lim Kit
                         Siang (bukan Melayu) mahu menjadi PM
 
                         " Sebenarnya masyarakat Cina tidak beria-ria mahu menjadi PM.Mereka lebih mengutamakan
                         kedamaian,tidak mahu kekecohan.Harapan mereka ialah: negara damai ,mereka boleh mencari
                         nafkah hidup ,dengan hati yang lega.Dan BN berjaya menyakinkan mereka dalam isu ini. Namun,
                         ini tidak bermakna masyarkat Cina tidak mengambil berat tentang politik.
 
                         Lebih daripada 2,000 pertubuhan dan persatuan Cina telah menandatangani satu memorandum
                         yang mahukan sebuah kerajaan yang demokrasi, sistem yang telus,bebas daripada
                         rasuah........dan banyak lagi . Memorandum ini hangat dibincangkan di media Cina,dan
                         memorandum ini ditujukan kepada BN.(maklumlah isi tersiratnya , Mahathir amat tersinggung.)
 
                         Dan di antara soal "mahu mempertahankan identiti " atau "mahu kerajaan demokrasi" mereka
                         memilih identiti, kerana ini melibatkan banyak aspek seperti maruah dan masa depan bangsa
                         ,tambahan pula BA tidak mempunyai pengalaman memerintah dan belum lagi menjamin
                         "demokrasi".
 
                         Dan kini, tibalah masanya PAS membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa PAS tidak
                         sekolot ,konservatif seperti yang disangka ,PAS juga berwawasan ,berfikiran terbuka dan dapat
                         mentadbir dengan baik. Tariklah pelabur asing dan majukanlah tanah yang kaya dengan
                         petroleum ini.(maklumlah kerajaan persekutuan tidak akan memberi bantuan ,. dengan itu peranan
                         pelabur asing bertambah penting. )
 
                         Yang paling penting ialah memberi jaminan bahawa orang-orang bukan Islam tidak akan
                         diislamkan dan mereka dapat menjalankan kehidupan mereka seperti dulu. Harapan saya semoga
                         ekonomi Terengganu dapat dibangunkan dibawah pemerintahan PAS, lebih baik daripada BN
                         dan masyarakat yang minoriti dilayani dengan baik.PAS Terengganu memikul peranan dan
                         tanggungjawab yang amat besar untuk membina keyakinan masyarakat Cina keseluruhannya.
 
                         Jika PAS Terengganu berjaya ,maka peluang BA dan PAS untuk menang dalam pilihanraya akan
                         datang lebih cerah lagi Gunakanlah peluang keemasan ini sebaik mungkin supaya tidak
                         menghampakan rakan seperjuangan,DAP, yang kecundang kerana PAS. Disudahi dengan jutaan
                         terima kasih. Saya meminta maaf jika terlanjur kata.
 
                         Yang ikhlas,
 
                         Lee Ann Nie.
 
                         Comment? [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke