*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah shaum,
Lebai baru-baru ini berkesempatan sembang-sembang dgn
seorang kenalan yang merupakan aktivis PAS Kajang
(sebelum kes reformasi beliau adalah merupakan seorang
aktivis Umno), apa strategi untuk mengekalkan dan
meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS di DUN Kajang
soalnya. Ikut pandangan Lebai yg kabur ni, dalam
gelanggang demokrasi, di mana satu undi satu suara
bagi warganegara yang layak mengundi mengikut
peruntukan perlembagaan tanpa mengambilkira keupayaan
dan kebolehan mental pengundi seperti mana yang
diperuntukan dalam sistem Islam...... mahu tidak mahu
rentak tari demokrasi (mana-mana yg 'syarei' shj)
kenalah diikutkan sesuaikan tari dgn rentaknya.
Lebai amat tertarik dengan perancangan awal Cikgu
Shahnon apabila dipilih rakyat untuk menggantikan Dr
Abdul Hamid Othman seperti yang dilaporkan dalam
Harakah keluaran Isnin 6 Disember 1999 bersamaan
dengan 28 Syaaban 1420. Di antara perancangan awal
beliau ialah;
1. menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan Yayasan
Pendidikan peringkat kawasan serta merancakkan Tarbiah
Islamiah peringkat kawasan.
2. merancakkan kegiatan riadhah yang selaras dengan
tuntutan Islam di kalangan muda-mudi.
3.menghidupkan dan merancakkan semula budaya yang
selaras dengan tuntutan Islam.
4.menghubungkan silaturrahim dengan orang-orang yang
bukan ahli PAS.
5.lain-lain lagi spt yang dirakamkan dalam Harakah
(rujuk semula Harakah keluaran tersebut di atas).
Pada hemat Lebai sekiranya mana-mana YB BA yang belum
merangka apa-apa perancangan, eloklah menerima pakai
buat sementara ini perancangan Cikgu Shahnon.
Mudah-mudahan dengan adanya usaha-usaha sedemikian
maka insyaAllah pengundi-pengundi dapat mengekalkan
kesetian dan memikat pengundi-pengundi atas pagar dan
lain-lain pengundi yang sungguh pendiam lagi pemalu.
Almaklumlah jiwa manusia yang lemah ini, kekadang
tertewas juga dengan kilauan materi apatah lagi kalau
perut tidak berisi. Islam tidak tertegak semata-mata
dengan air liur, tetapi terjun di tengah-tengah
masyarakat dan mempersaksikan kepada mereka
praktikaliti dan keindahan sistem Islam.
Mengikut imbasan Lebai, rasanya sokongan dari
orang-orang Cina dan India di Pantai Barat Malaysia
dalam pilihanraya 1999 kepada calon-calon PAS dan
Keadilan masih kecil. Lebai menganggarkan bahawa
kurang daripada 10%, berbanding dengan sokongan
orang-orang Melayu Islam terhadap DAP. Malah
pekerja-pekerja PAS juga dengan sukarela mengantungkan
dan menampal poster-poster DAP di kawasan Lembah
Klang. Rasanya tidak keterlaluan kalau Lebai katakan
bahawa citra Islam telah dirosakkan dengan begitu
teruk oleh orientalis dan orang-orang yang
bersefahaman dengannya. Apa tidaknya di peringkat
global, US dan konco-konconya begitu hebat
menggambarkan Islam sebagai teroris atau ektrimis. Ada
sahaja peluang memburukkan Islam, ia tidak akan
dilepaskan. Manakala di peringkat 'local' pihak
pemerintah menjalankan dakyahnya saban hari melalui
media elekronik dan media cetak mengambarkan bahwa
kembali kepada Islam sebenar akan membawa kepada
ketidakstabilan, huru-hara, sup tangan, batu-batu akan
habis digunakan utk merejam dan berbagai-bagai lagi.
Masyarakat non Muslim tidak berpeluang utk mendengar
dan menyaksikan Islam sebenar kerana angkara
pragmatisma@sekularisma@shitma pemerintah.
Begitu banyak momokan yang telah suapkan kepada
masyarakat muslim dan non-muslim, begitu jugalah naik
berbuih mulut dan pena para ulamak dan duat yang
tampil ke muka untuk 'counter' dengan
penjelasan-penjelasan dan hujah-hujah yang
bersesuaian. Perkara-perkara tersebut tidak akan
memadai sekiranya tidak wujud satu ummah yang dapat
mempersaksikan Islam kepada mata dunia. Kini dua buah
negeri telah memberi peluang kepada golongan Islam
untuk membuktikan segala dakwaan tersebut, jika
perlaksanaan yang teliti dan tepat spt yang
dikehendaki Islam maka Lebai yakin pengaruh Islam akan
melata dan meluas walaupun akan wujud kebimbangan yang
tidak berasas dari sesetengah pihak kerana acuman dari
pihak-pihak yang dalam hati mereka ada penyakit.
Sekian,
Lebai
p.s. Lebai menunggu sebarang ulasan/post mortem
mengenai kekalahan Us Abdul Aziz Hanafi di Arau.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Lebai Siber <[EMAIL PROTECTED]>